Friday, January 6, 2012

Sshh....Rahsia Kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua, sihat ke? Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pengunjung blog saya yang budiman. Memasuki tahun baru, mood untuk menulis agak merudum, Insyaallah akan pulih sikit masa lagi, harapnyalah.

Berbalik pada tajuk entri, sebenarnya Sshh..Rahsia Kita merupakan satu produk yang berasaskan manjakani yang saya amalkan. Selepas bersalinkan Zarin, saya langsung tidak mengambil sebarang jamu, bukan tak pernah cuba, adalah beberapa produk yang dicuba, namun mungkin saya ni jenis manja, baru makan sekali atau dua terus demam. sob-sob..

Ummi saya berkali-kali menasihatkan agar saya mencuba produk yang sesuai. Bukan apa, bila umur semakin meningkat badan cepat letih dan lesu. Sudahnya kakak saya mengesyorkan produk ini.







seperti yang kita maklum, manjakani mempunyai pelbagai khasiat, antara khasiatnya ialah:

1. AWET MUDA
Antioksida melambatkan proses penuaan sel.

2. PENCEGAHAN KENCING MANIS
Asid galik mengatasi kencing manis dan lelah.

3. PENCEGAHAN BARAH PAYUDARA DAN RAHIM
Antioksida manjakani mampu mencegah barah buah dada dan rahim.

4. PENCEGAHAN BAU YANG TIDAK DIINGINI
Manjakani dikatakan bersifat astringen, berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.



5. MATA YANG SIHAT
Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.

6. RAWATAN PAYUDARA
Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bemanjakani dapat memperbaiki payudara yang telah hilang kekenyalannya.

7. KULIT KERING DAN BERMINYAK
Astringen juga dapat mengaawal kulit kering dan berminyak.

8. PELBAGAI KHASIAT MAKANAN
Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.

9. MEMULIH OTOT DALAMAN FARAJ
Tannin pada manjakani amat mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar, lemah atau kendur.

10. MENGAWAL LENDIR DAN LELEHAN FARAJ
Astrigen berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj.

11. MENGECUTKAN TISU-TISU
Astrigen dikatakan berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.

12. MENEGANGKAN DAN MENCANTIKKAN KULIT
Astrigen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.

13. MENGUATKAN GIGI DAN KAYA DENGAN KALSIUM
Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.

14. MULUT
Astrigen dalam manjakani dapat mengekalkan kebersihan mulut.

15. PERAWATAN KRONIK ULSER
Amalam meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah rujuk di SINI

Sebenarnya saya gunakan manjakani yang berbentuk serbuk dan juga kapsul. Yang serbuk saya gunakan untuk cuci-cuci dan tempek kat jerawat yang sesat kat muka ni. Itupun kalau rajin :p

Alhamdulilah, produk ini sesuai untuk saya. Sejak mengamalkannya saya rasa bertenaga dan badan pun dah tak sakit-sakit. Jika sebelum ini, balik kerja mesti penat dan agak melepek. sekarang rasa segar dan cergas sikit.

Untuk makluman, untuk mengambil manjakani ini ada aturannya. Memandangkan saya dah terhilangkan pampletnya, tak dapatlah saya nak tulis secara detail, yang saya ingat cuma:

Untuk anak dara, amalkan 1-2 biji seminggu dan untuk mak dara macam saya ni amalkan memakannya 3-4 biji seminggu. Tapi jangan terlebih dos, bimbang nanti 'terkunci rapat' pula. :P

Tiba-tiba bercerita pasal jamu bila umur dan memasuki 3 series. Hihihihihihihihih

5 comments:

  1. hikhikhikk..ku mkn yg ann jual tu same la manjakani..tapiiiiiiiiii..asyik la terlupa or terskip hari..hikhikhik..

    ReplyDelete
  2. ila pernah cuba jamu sebelum ni tapi bila makan,tak sesuailah plak..ada je yg tak kena..huhhuuh

    ReplyDelete
  3. eB nk fit.. tapi kena tanyer dr dolo. :)

    ReplyDelete
  4. tak pernah try lagi makan jamu2 ni..hehe..hari tu ann bagi testing pun tak try lagi..

    ReplyDelete
  5. start 30 mmg menda2 cmni pntg utk kite org pompuan.ratu pun dh mula amalkan ratu mak dara yg serbuk :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...