Monday, January 9, 2012

tersalah kereta

Pelik tapi benar, itulah yang berlaku.

Sabtu malam yang lalu, kami ke 7e untuk membeli calciyum dan juga yakult untuk Zarin. Sebab bangun tidur terus mengamuk nak itu, sebelum ini dah cari kat 7e area rumah, tapi habis. So kenalah cari juga sebelum amukannya semakin menjadi-jadi.

Sampai di 7e, mr. papa turunkan kami betul-betul di depan pintu 7e dan menunggunya di situ. Hampir 10 minit di dalam, maka saya dan Zarin pun keluar menuju ke kereta. Dalam sibuk bercakap-cakap dan dukung Zarin, saya terus membuka pintu kereta dan masuk ke dalam.

Tiba-tiba.....





Pemandu didalamnya berkata, eh????

Dan saya pula berkata, eh??? alamak salah kereta lah, sorry-sorry!

Sambil keluar dan menutup kembali pintu kereta. Berkali-kali saya meminta maaf!Pemandu tersebut angkat tangan dan tersenyum. Cherin weh! malu sangat-sangat. Macam mana silap naik kereta orang lain pulak! sob-sob..

Rupanya kereta mr. papa berada di depan kereta tersebut. Warna, dan jenis kereta yang sama menyebabkan saya tersalah kereta. Nasib baiklah malam, tak nampak sangat muka pemandunya, yang nyata lelaki muda melayu. hihihihii..

Tapikan, nasib baiklah kereta kami sama, jadi tak adalah nampak ketara sangat saya tersalah kereta. Kalaulah kereta tersebut lebih mewah dari kereta kami konfirm lelaki itu berkata "mesti berangan nak naik kereta mewah tu" :P

Moral of the story: Jangan main terjah saja! Nasib baiklah dia tak bawak lari kami, muahahahahahahaha...

10 comments:

  1. hahha..bahaya2.klu dia bawak lari sis & zarin mcm mana..tp masa tu mesti malu giler kan...hehehehhe

    ReplyDelete
  2. kihkihkihhhh kelakar le..maluuuuuu :-)

    tapi betullah, nasib baik dia x bawak lari huhuhuuuu

    ReplyDelete
  3. inilah yang paling k.dieyana takut, bila jadi penumpang ni, menonong aje ke kereta.... huuhhu, dapat bayangkan ida waktu tu...osy, malu+rasa nk pitam..kihkihk

    ReplyDelete
  4. Masya allah huhu.. Papa zarin nmpk tk kejadian tu, ke die pun tk prasan. Mcmtulah kan kak ida.. Kdg3 bila bnda nk jd hiks...

    ReplyDelete
  5. miahahaahhaa...sambung gelak lagi!!!

    ReplyDelete
  6. klakar la ida..
    =p comel sungguh bila bayangkan situasi tu..hehe..

    kesimpulannya,kunci kereta kan...risau gaks,situasi terbalik,orang lain termasuk kereta kita...

    ReplyDelete
  7. hahahahahaha
    teringat insiden cheqna ngan incik tunang..=)

    ReplyDelete
  8. hehe..setakat ni tak pernah salah kereta lagi...

    ReplyDelete
  9. errkkk..hehe..mu selalu menceriakan hari ku la idaz..terbaikk! :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...