Thursday, February 9, 2012

Cuti-cuti Satun-Krabi Thailand

Agak lama peram entri cuti-cuti, jalan-jalan ni. Baru berkesempatan untuk mencoretnya. Cuti CNY yang lalu, kami sekeluarga ke Satun-Krabi, Thailand selama 4 hari 3 malam. Kali ini kami konvoi 6 kereta.

Kalau yang berniat untuk cuti-cuti jauh sikit tu, perkara utama mestilah kena ada passport. Bagi peminjam PTPTN tu, jangan lupa untuk membuat semakan sama ada nama anda diblacklist atau pun tidak untuk meninggalkan Malaysia. Muahahahahahahaha




Bercerita pasal passport, kami seawal 7.45 pagi telah tercongok di Jabatan Imegresen Jalan Duta. Ingatkan rumah dekat situ dan orang yang paling awal sampai, rupanya orang lain lagi awal. Que pun masa tu dah rupa seperti ular kena palu. Padan muka!

Kalau gambar passport pula, muka kami memang tak semengah! Zarin je yang hansome, mama dan papa hancus! kahkahkah!!!!





Selain itu, sebagai persediaan, kami juga mengambil travel insurance, bukan apa, malang tak berbau, siang bau apa ek??????. Dah-dah merapu, entri serius ni. Setelah membuat perkiraan, kami akhirnya memilih HSBC Amanah, banyak juga yang dicovernya. Tambahan lagi kami ada anak kecil, maka persediaan itu penting. Buatnya demam ke apa ke masa di sana kan susah.





Untuk tidak terputus komunikasi di antara satu sama lain, abang ipar saya terlebih dahulu membeli simcard nombor sana. Masuk saja boarder, kami terus tukar simcard. Bila dah konvoi ramai-ramai pasti ada yang terkedepan, tertinggal di belakang, tersalah masuk jalan dan macam-macam lagilah. haishhhh!!!!





Kami bertolak dari Alor Setar lebih kurang pukul 9.30 pagi, dan kami melalui Wan Kelian. Lebih kurang pukul 12.00 tengahari, semua prosedur di Imigresen pun siap, termasuklah dengan insuran kereta.

Orang pun memang ramai yang amat, maklumlah cuti panjang. Saya hanya menunggu di kereta dan menjaga Zarin. Lain-lain semua Mr. papa yang uruskan. Masa tu perut dah lapar sangat-sangat sebab tak sempat nak breakfast. Jadi setelah semuanya selesai, kami terus menuju ke kedai makan pilihan untuk menikmati makan tengahari dan sup yang sangat sedap!

17 comments:

  1. cheqna pernah sampai wang kelian..satun..jalan memang hazab...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, mmg asyik kona leper je la cheqna. fenin2 la

      Delete
  2. ida, kalau MARA tau tak mcm mana nak check blacklist atau tidak..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, tatau la yang. Mara pun ada black list ke? try tgk website dia. Mrs eady, sila tlg jwbkan

      Delete
  3. Replies
    1. xpe..next time boleh pegi lagikan? ;)

      Delete
  4. Krabi best kan sis...pantai dia cantik2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best nanie..rasa tak cukup 3 hari 2 mlm di sana.. pulau pun masyaallah..kagumnya dgn ciptaan tuhan!

      Delete
  5. bestnye dah sampai Thailand..nak lagiiii :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best wina, tp itulah, thailand yg buat ai tak thn, mknn sedap2! mmg naikla berat ni berkilo-kilo! hahahahah

      Delete
  6. cpt upload pic krabi, tingin nak g sn. heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok Ila, next3, entri ya. tungguuuuu! pergilah best! mknn pun murah dan sedap!

      Delete
  7. aik ? dh abis dh? mcm tergantung je ni kak ida?? babai pun tkde huhu... mesti lah ada smbungan kan siap part one two three lagi kan hehehe.... menanti dgn sabar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...belumla ztee..ada part 123 jugak.hahahahaa.. kalu sekali dlm satu entri pengsannnn...nanti ada bon voyage ya;)

      Delete
  8. bestnya!! konvoi beramai2 ye..

    ReplyDelete
  9. pi nek keta eik..moh get something cool here House of Magic Potions Taman Royal Lily, Tanah Rata,CH

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...