Bagi pengguna Himalaya semestinya tidak akan melepaskan peluang untuk terjah ke Kiosk Himalaya apabila ada member's day. Begitu juga saya. Semalam merupakan member's day Himalaya di kiosk Mid Valley. Mula-mula macam malas nak pergi, namun apabila memikirkan sale up to 80% dan ada yang buy 1 free 1 maka selepas solat maghrib kami terus menapak ke Mid Valley.
Semasa sampai, memang langsung tak ada orang di Kiosk tersebut. Mungkin juga dah malam, dan tidak ramai pengguna Himalaya. Pilih punya pilih maka penuhlah dua bag seperti gambar di bawah ini.
Semasa sampai, memang langsung tak ada orang di Kiosk tersebut. Mungkin juga dah malam, dan tidak ramai pengguna Himalaya. Pilih punya pilih maka penuhlah dua bag seperti gambar di bawah ini.
Untuk melayakkan ahlinya mendapat diskaun 50% dan 80% pada barangan yang tertentu, kami mesti membeli produk lain dengan nilai RM20 ke atas terlebih dahulu. Oh, RM 20 sahaja, memang tak menjadi masalah. Lantas tangan terus mencapai dan memilih barangan. Antara barangan yang saya beli ialah:
1. Body Wash dengan harga RM 22.90
Body wash ini dan membersihkan dan mengekalkan kulit yang lembut dan licin. Disamping itu, bahan-bahan yang terkandung dalam body wash ini dapat membunuh bakteria dan melindungi kulit sekaligus menyegarkannya. Sangat sesuai untuk menyental daki-daki di badan.
2. Gentle Refreshing Toner dengan harga RM24.21 selepas 10% diskaun.
Toner ini dapat mengurangkan rembesan minyak dimuka dan menjadikan kulit wajah kita bebas minyak, mengecilkan liang roma menyuburkan kulit dan memastikan kulit wajah berseri serta bebas alkohol.
3. Shampoo dengan harga RM22.90 buy 1 free 1
Kita boleh pilih nak shampoo apa, memandangkan rambut saya ada juga kelemumur, jadi saya ambil dandruff shampoo dan juga shampoo with conditioner. Memang mandi shampoolah jawabnya lepas ni :P
4. Lip Balm dengan harga RM6.95 selepas 50%
Bibir saya memang sensitif sikit dengan sesetengah produk. Tapi lip balm himalaya ni sesuai pula. Mungkin sebab berasaskan herba dan tumbuhan. Yang bestnya lip balm ini dapat melindungi bibir kita dari sinaran UV. Selepas ini semakin seksilah bibir Mek Ida, ye dakkkk?
Bibir saya memang sensitif sikit dengan sesetengah produk. Tapi lip balm himalaya ni sesuai pula. Mungkin sebab berasaskan herba dan tumbuhan. Yang bestnya lip balm ini dapat melindungi bibir kita dari sinaran UV. Selepas ini semakin seksilah bibir Mek Ida, ye dakkkk?
5. Nourishing skin cream dengan harga RM11.16 selepas diskaun
Memang dari dulu lagi saya pakai cream ni, sangat best dan tidak berminyak. Kalau rasa kulit kering, lebih-lebih lagi dalam cuaca beraircond bolehlah tempek krim ini. Saya beli 2 terus sebab murahkan??? hahahahahha, tamak!
6. Protein shampoo with conditioner dapat free, sukaaa!
7. Baby shampoo dengan harga 15.93 selepas diskaun 10%.
Shampoo ini untuk zarin shah yang bijaksana. Memang dari dulu lagi dia dah pakai shampoo ni. Tak pedihkan mata.

8. Dental cream juga percuma
Saya jarang guna ubat gigi ni, sekali sekala kalau rasa gigi ngilu baru guna. best juga sebenarnya. sebelum ini saya pernah beli dan tinggal kat ofis, tapi hilang pulak. Sebenarnya ubat gigi ini dirumus untuk mengurangkan bengkak gusi, menghentikan pendarahan gusi, mencegah sakit gigi serta mengawal nafas berbau.
9. Neem face wash percuma
sebelum ini saya pakai yang jenis foam. So bila dapat yang paket kecil-kecil ini memudahkan saya untuk travel. Sukaaaaa! benda free siapa tak suka, ye dak? :p
10. Lasuna dengan harga RM9.38 selepas 80% diskaun
Lasuna atau garlic terkenal sebagai agen untuk mengurangkan kolesterol. Jadi alang-alang dan murah terus beli 2 botol
11. Shuddha Guggulu dengan harga RM9.38 selepas 80% diskaun
Shuddha Guggulu juga untuk mengawal kolesterol dan paling penting mengawal berat badan. Juga beli 2 botol... i likeeee!!!! Harap-harap lepas ini slim drumstik i :p
Bila kumpul balik inilah barang-barang yang kami beli. Banyak juga. Tapi frust sebab ayur slim dah habis stok. Menurut jurujual, ayur slim memang menjadi pilihan ramai. Tak apalah mungkin bukan rezeki kami.
Dan total bil untuk semua barang-barang ini ialah RM141.55. Bila saya kira balik, total semua barang yang saya beli adalah RM365.60. Memang berbaloi-baloikan? Dapat pulak voucher RM28. Tapi masih tak guna, next time boleh tebus. Ingat nak beli madu, tapi out of stock. tunggu ada stok baru tebus voucher.
12. Ayur slim dengan harga RM69.95
Memang dah rezeki kami, terjumpa pula Ayur Slim dekat gurdian dengan harga murah. Dapat pulak percuma shampoo. Jadi terus beli. Seksi sungguh model buah pear tu. hikhikhik
Bila diteliti, dah macam rupa duta himalaya pula. Sebenarnya dulu saya hanya mencuba pencuci muka sahaja. Sebab masa selepas bersalin kulit muka saya menggelupas teruk. bila pakai produk himalaya alhamdulilah ok. Selepas itu terus guna produk-produk himalaya yang lain. Terima kasih pada kakak ipar saya yang mengesyorkan.
opss, untuk pengetahuan, Himalaya merupakan kata kunci yang popular di blog saya :)









semalam aje lah ya? huhuhu...k.dieyana pun dah mula suka dgn himalaya....tapi baru guna satu produk aje.syampu..hihkhihk. kalau dah pengguna tegar himalaya, berbaloi2 da beli bnyk terus....
ReplyDeletekak diey, ha sari je..tu yg pulun p..dia sale ikut kiosk...suka produk himalaya..hrp2 jd jelita mcm aiswarya rai nanti sbb produk dr india kan...kihkihkih
Deletepernah guna lip balm & shampoo Himalaya yang my mom beli dari India :-)
ReplyDeletemmg produk ni dari sana...sukaaaaa
Deleteala tak pakailer himalaya.. baguihkan produkni..
ReplyDeletepada saya bagus sbb sesuai dgn kulit..harga pun mampu beli...hikhik
DeleteWah...byknya borong. Tak pernah pakai lah produk ni lagi.
ReplyDeletemurah byk tu yg borong sakan tu..lagipun exp may 2013... sempatla habiskan semua... fiza kalau berminat boleh cuba best!
Deleteye ye kerana kamu la ku pun menggila himalaya :)
ReplyDeletebabe pengaruh yang positif tu...kihkih
Deleteohhh kak ida pengguna produk Himalaya rupanya..... tk penah kite try... mmg berbalo tu nmpknyer.... byk kemain tp hrga tu jerrr yg byrnyerrr
ReplyDeletehihihihihihi..mmg bebaloi dah best produk ni ztee. so far sesuai dgn muka kak ida dan paling penting tak mahal1 hikhikhikh
DeleteHanya pengguna tegar balm utk eysraf... Setakat ni rs bam yg terbaik kalau selesema n batuk. Cpt sgt baik. Sekali beli harus 5 sbb kecik bebenar bekasnya...
ReplyDeleteyup, balm dia best dan banyak jenis juga. wajib ada dalam henbeg!Zarin pakai debella yang kak dierah jual. cepat juga utk hilangkan selsema dan batuk.
Deletekak ida dah kurus, tk payah makan ayurslim la. :)
ReplyDeletenk try jgk la produk ni..
yana, luaran nmpk slim, padahal tak slim pung!
Deletetryla, aritu tgk kat watson rm59.90 je..tp xde percuma syampoo
pe yg best lgi produk himalaya tu ida?? ari tu de tgk produk ni tp takut nak beli... huhuhu
ReplyDeletebest sgt nani..yg penting sesuai dgn muka :)
Deletesalam..sy bru berjinak-jinak dgn produk himalaya ni..bru je beli anti-hair fall shmpoo tp x beli conditioner sbb kt guardian yg sy bli shmpoo tu xde plak nmpak conditioner himalaya..so nk tnye akak, bleh ke guna shmpoo himalaya ni tnpa conditioner or mmg dlm shmpoo ni dh ade cnditioner or bleh cmpur gune conditioner brand lain?
ReplyDeletetq..:)
salam. Akak pun tak berapa sure la adishroon. Sesetangah shampoo himalaya tu mmg dah ada conditioner. Pasal campur-campur produk tu, next time akak tanya promoter himalaya ya. sekarang x dpt bg jawpan lagi.
Deleteowh..ok kak..thanks a lot..kt sni xde kiosk himalaya..ari tu tnye promoter kt watson & guardian psl himalaya tp malangnye dorang pun kurang arif..huhu..
Delete