Monday, February 13, 2012

Krabi here we come!

Perjalanan ke Krabi dari Satun mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah. Jalannya taklah susah mana, cuma yang best tidak ada tol, tetapi minyak mahal. Alhamdulilah kami tidak tersesat kerana Abang Salleh, selaku pemandu pelancong ada bersama sepanjang 3 hari 2 malam di Krabi.











Sepanjang perjalanan, kami singgah membeli ayam golek di tepi jalan sebab dah lapar dan terliur serta nak rasa. Memang sedap ayamnya, seekor Baht140 (RM14). Kemudian, apabila sudah sampai pekan Ao Nang Krabi, kami singgah pula untuk menikmati makan tengahari.

Kalau dah Thailand, semestinya terkenal dengan tomyam. Jadi lauk kami hari itu, tomyam, telur dadar, ayam bakar/goreng, somtam, ulaman dan adalah beberapa lauk lain yang saya tak pasti apa. Saya tidaklah mengambil gambar semua jenis lauk, cuma yang menarik perhatian adalah somtam ni. Sedap sangat. Lepas makan kulum ais sebab pedas, bibir dah rasa bengkak tahan pedas. hahahahahaha












Semasa menunggu makanan, yang paling menarik perhatian kami ialah, sebakul ulam-ulaman diletakkan di atas setiap meja. Masyaallah, banyak dan macam-macam. Terkejut kejap bila dihidang begitu. Siap ada ais di tengah-tengah untuk elakkan ulam tersebut dari layu. Bayangkanlah kalau dapat habiskan sebakul ulam tu. Memang banyak tidak ubah seperti sejambak bunga pula.


















Selepas kenyang, kami pun bergerak ke tempat penginapan. Kami menempah bilik di Luna House melalui agoda.com. Harga yang ditawarkan pun amat berpatutan iaitu Baht 770 (RM77) berbaloi untuk bilik yang agak besar, mengandungi 1 katil size king dan 1 katil single, serta kemudahan asas yang lain (psst, kat atas ni bukan bilik kami, terlupa nak ambil gambar, tapi lebih kurang saja). Paling best ada wifi, dan superb lajuuuuuuuuuu!!!!!

Jika berminat bolehlah lihat website LUNA HOUSE, tapi harga berubah mengikut musim. Luna House ni memang colourful dan ceria, pada pandangan kami, mungkin juga Luna House ni, diambil nama sempena pencil warna luna kot. hahahahha, pepandai je. Tapi Memang colourful!






Luna House tidak jauh sangat dari pekan Ao Nang dan pantai Krabi. Lebih kurang 7-10 minit naik kereta. Di sini juga terdapat kemudahan tuk-tuk (teksi) yang tambangnya Baht90. Jika suka, kita boleh menyewa motosikal, iaitu antara Baht150-200 sehari. Murahkan? Memang berbaloi. Dan jangan terkejut sekiranya nampak minah saleh naik motor pakai bikini. hikhikhik... Tapi jika ingin kurus, bolehlah berjalan kaki, tak jauh mana pung!

Malamnya kami jalan-jalan di Krabi Night Market. Jangan risau pasal makanan, kerana memang banyak halal food di sini dan muslim pun ramai. Cuma masalah bahasa sajalah. Tak boleh lupa bila Mr. Papa buat aksi tanduk lembu untuk mengorder beef mee hoon soup. kahkahkahkah!

Lepas puas berjalan-jalan di Night market, terus pulang ke hotel untuk berehat kerana kami akan menjelajah pulau (island hopping) keesokkanya harinya.

psst, entri berikutnya memang penuh dengan gambar-gambar. Subhanallah, cantik sangat pulau-pulau di Krabi ni, Indahnya ciptaan Tuhan!

15 comments:

  1. ida..bestnya pergi krabi ..drive plak tu..btw, nanti nak tau la bajet ida sekeluarga pergi krabi ni berapa?hehe...kut2 la boleh buat plan nak pergi nanti plak ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best ayu. sekali sekala luangkan masa bersama famili tanpa fikirkan pasal keje..hihihihi..ok2 nanti buat kira2 balik.. rasanya kami habis 1-2k kot untuk satu famili. sbb kami ramai kalau campur2 ada dalam 5-6k jugak kot..insyaallah pasti boleh, best!

      Delete
  2. nangiss...huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. :(

    ReplyDelete
  3. salam kak, bestnyaaa pergi krabi! holidayyy ye...thailand makanan die mmg best. errr...somtam tu mcm kerabu eh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam fiza :). mknn mmg best, that why berat naik sampai 5-6 kg. hahahahaha... a'ah mcm kerabu, tp ada kacang tanah. rasa masam manis semua ada, dia campur betik muda..sedap. kat restoren thai mesti ada

      Delete
  4. hahahhh! siap kena buat sign ye nak order beef?

    x sabar nk tengok pulau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye wina. lucu, nasib baik tak ckp moooooo je. hahahahahahaha

      tunggu next entri ya, ni buat step by step. rujukan tuk masa depan ni..mana tau ada rezeki boleh pegi lagi nanti :)

      Delete
  5. bestnya.. lia pun mmmg ada hajat kan ke krabi ni.. klu ada info share lagi ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best, rasa pua sangat. insyaallah akan dientrykan step by step, tunggu ya :)

      Delete
  6. wahhh bestnya. som tam mmg sedap, akak pun suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, saya pun suka juga. kacang tu paling sedap :) aritu google resepi, nak try buat, tp betik muda tak jumpa pulak!

      Delete
  7. hahaha. bt aksi tanduk lembu yerrr... hiks... somtam bestnyerrrrrrrrr. haih !

    ReplyDelete
  8. mak ai, ulam dia! meriah betul...

    som tam tu sdp, k.diana berehi, kami kalu som tam, mkn gitu jah...

    ReplyDelete
  9. askum, nk tnya utk bilik yg ade 3 ktil tu berape org bole dduk bilik tu slalu kn hotel2 die limit 2-3 org utk 1 bilik mcm berkenan pulk tnguk bilik mcm tu + harga pon x mhl sngt .. ingt rncang2 nk pg buln june taun dpn. rase2 cuaca buln june ok ker? sorry bnyk tnya .

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...