Wednesday, February 15, 2012

Krabi: naik bot menjelajah pulau

Setelah membuat persidangan meja bulat, hari yang dinanti untuk menjelajah pulau pun tiba. Terdapat dua cara untuk ke pulau-pulau di Krabi ini, pertama dengan menaiki speed boat, dan kedua, menaiki boat biasa. Jika memilih untuk menaiki speed boat, charge yang dikenakan untuk menyewa sebiji boat ialah Baht12000 (RM1200), manakala boat biasa Baht4000 (RM400).





Sudahnya kami hanya menyewa 2 buah boat biasa dengan harga Baht8000 (RM800). Kami mesti menyewa 2 buah boat kerana ramai dan setiap boat, jika mahukan keselesaan hanyalah untuk 8 orang sahaja. Operasi boat-boat ini bermula sekitar 10.00 pagi dan berakhir pada 4.00 petang. Maksudnya, boat ini akan memebawa penumpang singgah di empat buah pulau dan aktiviti menjelajah pulau ini akan tamat pada pukul 4.00 petang.










Zarin mula-mula seronok, sebab nak naik boat, tapi kemudian bertukar menjadi boring, sebab dia ingin naik boat dengan segera dan dah tak sabar nak mandi laut, Kesian tengok mukanya yang monyok itu. Sebelum pukul 10 pagi, kami sudah bersiap sedia menanti untuk menaiki bot.

Abang Salleh juga telah memesan nasi bungkus untuk di bawa bersama semasa menjelajah Pulau. Bukan apa, menurut abang salleh lebih mudah jika kita membawa bekalan untuk makan tengahari siap-siap.




Akhirnya masa ditunggu pun tiba. Mula-mula tengok boat kayu yang disediakan hati dah sedikit cuak. Takut pun ada. Naik saja boat, cepat-cepat pakai safety jacket. Lepas satu-satu boat berlepas untuk merentasi lautan luas dan pulau-pulau di Krabi.









Apabila boat mula bergerak laju, perasaan takut semakin hilang. Zarin bukan main seronok lagi sebab rambut terbang-terbang. jika sebelum ini, jangan ada angin yang meniup rambutnya, confirm menangis sebab dah tak jadi rambut Ben10. Grrrrrrr!!!!! Mama yang tadinya muka masam dan cuak terus bertukar jadi senyum. Best!!!!!



Boat kami mula meninggalkan pesisir pantai krabi dah laju meluncur ke Pulau pertama yang akan kami singgah iaitu Phra Nang. Sungguh kagum melihat keindahan pulau ciptaan Tuhan. Tangan tak lepas asyik memetik kamera! Memang best singgah di Phra Nang. nantikan di entry yang berikutnya ya :)

11 comments:

  1. Cantiknya...Indahnya ciptaan Allah...

    ReplyDelete
  2. Alamak..ni yg tak sabau nk pegi neh.. bes..bes.. :D

    ReplyDelete
  3. subhanaallah, cantiknya, hijau airnya.... seronok naik bot....tgk pulau cantik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kak..airnya sgt jernih dan pantai pun bersih

      Delete
  4. buat mase ni daku avoid blog kamu...hahahhahahahaa.....!!

    ReplyDelete
  5. mmg dok berangan nk p krabi pun..tp skrg ni dpt tgk gmbar pun jadi la... (bertambah semangat kumpul duit nk pegi.hihi)

    ReplyDelete
  6. nice entry,kami cdg ke pulau tp msh xjd2 lg, :-)

    ReplyDelete
  7. nice entry,kami cdg ke pulau tp msh xjd2 lg, :-)

    ReplyDelete
  8. wahh..hebatla..gigihnye drive tuhh..

    makneng follow kamu..
    jom follow makneng gak

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...