Air yang jernih dan pantainya yang bersih membolehkan pengunjung melihat ikan-ikan kecil di sepanjang gigi air. Zarin yang sukakan ikan, memang seronoklah, tapi bila saya bawa dia dekat dengan ikan itu taknak pula, geli. Kalau tengok ikan-ikan ini, teringat pula spa kaki yang menggunkan ikan. hihihihihi
Seperti biasa, pasangan pengantin baru (eh, pasangan pengantin lama, tapi perasan pengantin baru) tidak melepasakan peluang merakamkan gambar berdua. hihihihihih. Zarin bila dah jumpa pasir memang taknaklah ambil gambar ke apa. Bila ajak, mama janganlah kacau! Tapi bila tengok balik gambar-gambar ni, terus tanya
Mama, mana Zarin?
Nape tak amik gambar ngan Zarin?
Nape Zarin takde?
Sudahnya merajuk mencemek dan menangis bila gambar dia tak ada dalam tu. (sila abaikan gambar yang pakaian tak berapa nak cukup tu ye.) Bukan apa, rata-rata kat sini memang itulah pakaiannya dan memang majoriti merekalah yang memonopoli pantai ini. Ada pelbagai gaya, size, corak. Sama ada nak tengok, pulun tengok, buat-buat tak tengok terpulang pada diri masing-masing.
Di pantai ini juga turut disediakan kemudahan untuk membeli makanan. Cumanya yang mengagumkan saya, mereka menjual makanan di dalam boat. Memang pelbagai cara sebenarnya untuk kita mencari rezeki, terpulanglah kepada daya usaha kitakan?
Sebenarnya di Phra Nang ini juga turut terdapat hotel. Namun begitu harganya mencecah ribuan ringgit. Jika mampu bolehlah menginap di hotel-hotel di sini. Phra nang ini juga merupakan antara pantai pilihan saya sepanjang di Krabi. Rugi sangat rasanya sebab kami tak lama singgah di pantai ini. Selepas puas mandi manda dan meninjau kawasan pantai Phra Nang, kami di bawa pula ke Chicken Island.











isshh..kan dah kater tak nak masuk blog nie..isshh isshh...asal termasuk gak niii.....
ReplyDeletehikhikhikh..blog ni ada penunggu kot :p
Deletememang cantiklahhhh kak ida !! biruuu jerrr launtnyerr kan !! tk sbr nk tgk chicken island lak.. byk ciken kerrr kt sne? hehhee
ReplyDeletelautnya mmg bersih ztee..bukan byk ciken, tp bentuk ciken..kalau byk ciken confirm dan jd ayam golek nanti. hihihih
Deletecanteknya ciptaan Tuhan kan?
ReplyDeleteair laut dia jernih!
wina mmg jernih hinggakan satu hari baju basah+kering kat badan! cuma lautnya terlebih masinla rasanya. habis kulit kering
Deletewow!!!
ReplyDeletecantek2 gambar uolssssss
bila nak sampai sane pulak ni
nanti mummy pergi bawak baby. best!
Deletememang romantis habis la ida..hehe...
ReplyDeletesuka tengok !!
cantiknya pantai niiiiii..
ahahahahah...romantik tak kira tempat :p
Deletewah, ayat ... macam pemandu pelancong! hikhihk...
ReplyDeletegambar yang atas tu, azuan macam duk atas belakang da... hahaha, teknik2...
hahaha..x reti nak karang ayat sebenarnya
Deletedia lompat je tu
pemandangan yg cukup cantik. bila la dpt pujuk en. abah pegi sana
ReplyDeleteinsyaallah pasti boleh. lagipun kos tak mahal sgt. best tau kak :)
Delete