Eh, tajuk macam suspen je. Serius memang tendang tau, tapi bukan sengaja tetapi tertendang. Berbalik semula pada entri jalan-jalan cuti-cuti Krabi. Selepas melalui Chicken Island, kami pun berhenti di tengah laut berhampiran Chicken island untuk aktiviti Snorkeling. Saya tak pernah lagi mencuba aktiviti ini first time, cuak habis!
Walaupun zaman kanak-kanak saya memang terkenal sebagai jaguh kampung bagi acara mandi laut, siap kena kejar dengan pelepah nyiur lagi sebab orang larang jangan mandi tapi mandi juga, namun bila dah menjadi mak orang ini, perasaan cuak tu lain macam.
Walaupun zaman kanak-kanak saya memang terkenal sebagai jaguh kampung bagi acara mandi laut, siap kena kejar dengan pelepah nyiur lagi sebab orang larang jangan mandi tapi mandi juga, namun bila dah menjadi mak orang ini, perasaan cuak tu lain macam.
Bertambah-tambah cuak bila Zarin yang bijaksana pun turut nak snorkeling! Hampir pitam mak! Mulalah terbayang yang pelik-pelik. mula-mula tak nak kasi dia turun, tapi dan menjerit pulak nak ikut papa! nak ikut papa! Sudahnya abang Salleh yang bawa zarin
Bagi yang tak reti berenang macam saya ni, memang terkelepek-kelepeklah kaki tolak air supaya bergerak dan tidak statik terapung. Nasib baik juga pakai safety jacket. kalau tak confirm bergeleng-geleng telan air. huhuhuhuhhu.. Bila badan dah serasi dengan air, tangan dan kaki mulalah rancak duk kelepk-kelepek air.
Dalam keterujaan duk kelepek air, tiba-tiba kakiku terkelepek muka bapa mertua. Haaaaaaaaaaaaa, gila ko! Tetiba kaki tendang muka mertua. Nak mampus???? huwaaaaaaaaaaa.... Berkali-kali minta maaf, sebab memang tak sengaja. Bila dah seronok tak perasan pulak orang kiri kanan depan belakang. Settle satu bab, walau dalam hati rasa bersalah yang amat.
kelepek punya kelepek tak sedar pulak terkelepek kaki kat birasku! huwaaaaaaaaaaaaaaa lagi. Sorry sangat-sangat Kak Ain. Aduhaiiiii..Lepas sorang-sorang dah dilibas ni. Memang tak sengaja, iyalah baru tahu nak berenang sikit-sikit, bila dah ok camni pulak jadinya. Terus patah seribu. Eh silap, patah semangat. Merajuk dan taknak snorkeling dah. Eh, tipu je. Tak merajuk pung, malah makin rancak main air :P
Dalam pada itu, ada yang melawak "masa nilah nak libas orang sana sini pun, kalau tak tobat tak berani!" hahahahahahahaha.. Tapi serius, benda yang tak disengajakankan.
Walau bagaimanapun, memang best snorkeling ni. Masa selama satu jam yang diperuntukkan terasa cepat benar melewati saat yang terakhir. Akhirnya terpaksa akur dan kemudian kami dibawa ke pulau yang terakhir.






alaaaa dah ckp dah tak nak tgkkkk....:D
ReplyDeletetutup mata :P
Deletehahahaha
ReplyDeletetendang tu..ke sengaja ni kak??
hehehe
of course la tak sengaja cheqna! kalau sengaja maunya tak balik kg nanti :P
Deletehahahahaha...punyalah teruja sampai tertendang muka pak mertua...adaaaa kaaaa....
ReplyDeletediluar kawalan. hahahahhaha
Deletekahakhakah...lucu da! wuisy, laut dia hijau, jernih betul ek!
ReplyDeletehikhikhik..mmg jernih dan bersih!
Deletewindu nak snorkeling
ReplyDeleteoh... tahun ni no travel!
tunggu lps deliver, bawak baby sekali :)
Deletewaaaahhhhhh...
ReplyDeleterindu nak snorkeling...
best kann...
mmg best, bila la dpt snorkeling lg :)
Deletebestnyaaaaa..tak pernah lagi try snorkeling..
ReplyDeleteaduhhh..tu dah syok sgt la tu kan..hehe
best! ras x puas, kena p lagi next time..duk lama sikit
Deletewah krabi bestnye.heheh sampai tertendang mertua tu.Akak pun tak pandai berenang sbb tu tak berani nak snorkeling masa kat Pulau manukan sabah dulu.
ReplyDeleteitulah, nasib baik safety jaket, kalau tak maunya buncit perut telan air..haaa, pulau manukan pun cantik jugakkan?
Deletecantiknya pemandangan tu...
ReplyDeletemasyaallah, mmg cantik...indahnya ciptaan Tuhan!
Delete