Saturday, February 11, 2012

Palm Park + Tammalang

Kami meninggalkan Wang Sai Tong Waterfall ketika jam hampir pukul 5.30 petang waktu Thailand. (Awal sejam dari Malaysia, kalau Malaysia dah jam 6.30 petang). Kami menuju ke Tesco Lotus untuk mencari money changes dan beli barang-barang keperluan yang lain. Setelah hampir sejam di Tesco Lotus, kami berkunjung pula ke rumah saudara mara.

Sungguh malang bagi saya kerana ketika itu saya terkena migrain atau angin. Yang nyata kepala saya sakit berdenyut-denyut. Setelah menelan 2 biji panadol actifast dan mendapat khidmat urutan manja dari Mr. Papa (istilah tu tak tahan, padahal picit kepala dan belakang je), saya beransur pulih. Selepas itu saya muntah-muntah dan kembali ok. Oh ya, semasa muntah tu saya terfikir, eh, aku ni pregnant ke? coz masa balik tu berat badan saya naik mendadak. (Berat naik je sure ingat pregnant, padahal makan banyak taknak ngaku, muahahahaha)

Ayah mertua saya mengesyorkan supaya kami check in dulu hotel, tapi bila saya rasa dah semakin ok, jadi hasrat untuk check in dulu dilupakan. Selepas itu kami singgah makan di sebuah restoran milik saudara mara juga. Selepas perut kenyang terus ke Palm Park hotel di Satun. Ketika itu sudah hampir pukul 9.00-10.00 malam.



Memandangkan badan penat yang amat, tak sempat pula nak snap gambar bilik. Masuk bilik terus terbongkang tidur! Tapi pada pandangan saya oklah biliknya sesuai dengan harga 400 Bath (RM40) semalam. Kemudahan asas pun ok. Terlampau penat hinggakan kami terdengar dengkuran dari penghuni bilik sebelah. haaaaa, siapa tu?????





Seawal subuh, mak mertua sudah mengetuk bilik kami dan adik beradik yang lain dan bertanya seandainya kami ingin mengikut mereka ke rumah saudara di Tammalang. Malangnya, kepenatan masih lagi membelenggu diri masing-masing. Sudahnya hanya mak dan ayah mertua, paksu dan maksu dan adik ipar sahaja yang pergi ke Tammalang. Yang agak muda-mudi dan ada anak kecil ini diberikan masa untuk berehat :). Tammalang merupakan perkampungan nelayan dan kalau nak ke sana mesti menaiki bot.



Sarapan paginya, kami menikmati pulut ayam. Zarin pula bila dah segar, memang aktiflah mencari sepupu-sepupunya yang lain untuk bermain. Habis pintu bilik orang diketuknya. haisssshhhh, budak kecik ni. Lebih kurang pukul 10.30 pagi kami meninggalkan Palm Park, Satun untuk ke destinasi seterusnya pula iaitu Krabi! yahuuuuuuuu!!!!!

4 comments:

  1. bestnye dpt pegi krabi. dah byk kali ajak en. abah ke sana, tapi dia tak layan...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah pasti akan sampai nanti kak, pujuk lagi dan lagi. hehehehehe

      Delete
  2. bestnye bercuti ke sana...nak ke krabi lak yer...lagila best huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best, pantai dan pulau cantik sgt! kagum!!!

      Delete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...