Friday, February 10, 2012

Satun: Sup Meletup!

Bila perut dah mula keroncong, mood cuti-cuti terus menjadi puting beliung. Tanpa membuang masa, kami terus ke sebuah kedai makan untuk menikmati sup yang sangat meveles dan kebabom! Kalau dilihat dari pandangan kasar, kedai ini biasa-biasa sahaja, tapi masakannya memang meletup. Pelbagai pilihan ada, dan pilihan saya sudah semestinya sup tulang.

















Apa yang menarik di Thailand, kebanyakan kedai yang kami singgah pasti menyediakan pelbagai jenis ulam-ulaman dan sambal belacannya pun lain, manis pada mulanya dan pedas diakhirnya...urmmmmmmm, telan liur! Tapi air kosong sahaja. Tak ada air warna warni ok!

Masa makan di sini, mood saya memang ke laut, adalah sesuatu yang mematikan mood. Bila kami melihat kembali gambar-gambar di sini, Mr. papa berkata

"Muka ada manis, tapi tak ada senyum!"

Banyaklah tak ada senyum papa, takkan nak menyengeh macam kerang busuk!




Masa semua orang dah siap makan, saya masih lagi menghirup kuah sup tersebut. sangat sedap dan secukup rasa. Hinggakan ayah mertua menegur,

"Tak pedas ke ida duk hirup kuah tu, ayah tak boleh, habis keluar ayaq hidung, pedas!"

Hehehehehehehe, pada saya tak pedas sangat. Kalau boleh nak hirup guna straw!

Tapi rasa malu pulak, agak-agak ayah mertua saya terfikir gini tak?

"Buruknya perangai menantu aku makan! :P"

Selepas perut kenyang, muka mama pun ada senyum, dan destinasi seterusnya adalah mandi-manda! yahuuuuu!!!!

12 comments:

  1. Replies
    1. ehehehehehe, tunggu bakal entri grand lexis u babe :)

      Delete
  2. kedai hak biasa-biasa tu la yang sedap, da....kecur liur tgk ulam2 cicah smbl...fuh fuh....

    ReplyDelete
  3. sup pedas dan meletup favorite wina jugak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes ada geng! mmg bestkan? nyum-nyum

      Delete
  4. sedap sgt nampaknya tu sampai menghirup begitu sekali..siap kene tegur ngan pak mertua....hehehe...

    ReplyDelete
  5. sup2 diaorg mmg pedas2 kan..

    ReplyDelete
  6. hah ! tkkan pak mertua pk smpi camtu hehehe.. knp kak ida tkde mood mase tu ? apa yg berlaku??

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...