Friday, February 10, 2012

Wang Sai Tong Waterfall

Destinasi seterusnya pada hari pertama di Thailand ialah Wang Sai Tong Waterfall. Bagi peluang kat anak-anak kecik berendam dalam air. Mula-mula pening juga nak cari waterfall ni, nasib baik ada GPS bolehlah ikut panduan. Malangnya tiba-tiba GPS kereta hadapan takde satelit dan tak dapat tunjuk arah. Kemudian kami pula yang menjadi penunjuk arah. Namun, tiba-tiba GPS dalam kereta lain tunjuk jalan yang berbeza. Jadinya, sorang masuk simpang ni sorang masuk simpang ni, yang lain tersadai tepi jalan, confuse nak ikut yang mana. Ciss, takleh pakai punya GPS! :P

Tapi alhamdulilah akhirnya jumpa juga. Mungkin juga ada banyak jalan yang boleh pergi ke waterfall tu. Ada jalan shortcut ke, jalan kampung ke, gunung ganang ke. hahahahahaha



Bila dah nampak sign board baru lega. Betul dah ni, betul dah ni! cuaca pun mendung je dan hujan mula gerimis. Frust dah rasa takleh mandi. Tapi bila sampai kat waterfall hujan dah berhenti. Dan air terjun mengalir laju dan sedikit keruh. Seriau nak mandi.







Zarin yang memang dah hantu air menjerit nak terjun! Mama kat atas ni dah risau bila air mengalir laju sangat! Jadi, mr. papa pun bawalah anak kesayangannya mandi air terjun. Dah la baru lepas hujan, sejuk menggigillah airnya. Mama pula surelah tak mandi. Bukan apa, firasat dalam diri menyatakan mandi air terjun lagi takut dari mandi air laut. Tak dapatlah nak nolong.

Manakala ahli keluarga yang lain sudah bersiap sedia untuk berkayak. Kalau tak silap dalam sepuluh orang yang nak naik kayak. Mr. papa tak ada peluang sebab kena melayan kerenah anak mandi, kesian papa.








Bila tengok kayak, teringat kenangan zaman universiti dulu, main kayak masa minggu orientasi, acara sukanlah kononnya. Nasib baiklah masa tu mama baik dengan Zach orang yang teror main kayak. Bolehlah, control ayu naik kayak dengan orang yang tough dan confident kayak takkan terbalik! hahahahaha..Lucu!

Tapi serius, keinginan untuk mencuba tu ada. Insyaallah suatu hari nanti. Cumanya susah sikit bila Zarin ni terlebih berani. Bila mama dan papa berkayak surelah dia pun nak ikut juga. Tu yang merisaukan jika kayak terbalik, dahla banyak batu-batu, air pun laju.







Akhirnya semua dah kepenatan dan kepuasan jelas terpancar di wajah masing-masing. Namun begitu kepenatan tidak dapat digambarkan kerana kebanyakan kami baru sampai dari KL, tak sempat nak berehat terus ke Thailand. Sure malam nanti tidur berdengkur semua. hahahahahaha

14 comments:

  1. cantik sngat pic2 yg k.ida amik.maknanya tak overnight kat sana lah eh..

    ReplyDelete
  2. tq nanie...kak ida menginap semalam di satun.. 2 malam di krabi... jadinya di thailand 4 hari 3 malam..entri bersambung-sambung ni...hihi

    ReplyDelete
  3. terasa-rasa sejuk air terjun tu kat ting 10 ni+sejuk air cond..^__^ keluarga mentua suka aktiviti lasak kot eh....sungguh2 berkayak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. itulah kak, samalah kat sini pun. dah mcm frozen food dah ni. ehehehehe..biasa-biasa je kak, sekali sekala melasak. harus keluarkan seluruh tenaga! ahahahahaha

      Delete
    2. sorry kak diey, terguna emel che abe pulok doh..huhuhu

      Delete
  4. Replies
    1. best cheq na, sekali sekala rehatkan diri dan meluangkan masa bersama keluarga :)

      Delete
  5. bestnye mandi manda kat air terjun kan? :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya wina, tapi saya takut nak mandi air terjun, sebab sejuk kot eh! huhu

      Delete
  6. wau bestnyer... siap der xtvt kayak lagikan...
    cantik yerk batu2tu... leh letak kat akuarium...
    so der lagi sambungannyerler yerk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best zila, bersih pun ya juga. Insyaallah akan bersambung dengan entri Krabi pula. Tapi tak sure la sambungan hingga ke episod ke berapa, sebab panjang juga, tiga hari dua malam ditambah dgn pemandangan yang cantik. memang penuh dgn gambarla lps ni, insyaallah :)

      Delete
  7. maaf nak tanya...kayak tu kalau nak naik ade tukang guide tak bwk kn kita?

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...