Wednesday, March 28, 2012

Dia seorang LELAKI!

Bila anak semakin meningkat usia, tutur kata dan tingkahlaku ibu bapa sewajibnya perlu dijaga. Bukan seharusnya lagi tau! Tapi wajib! Kadang-kadang saya rasa macam nak tergelak setiap kali Zarin memberikan jawapan ataupun menjelaskan tentang sesuatu perkara.

Pada suatu pagi, selepas mandikan Zarin dan bersiap untuk nursery, saya terus melakukan rutin selepas mandi iaitu, sapukan lotion, minyak telon, sikat rambut dan spraykan sedikit perfume kepadanya. Bukan apa, suka kalau anak-anak wangi. Sebaik saya spraykan perfume Zarin terus berkata

Mama, Zarin bukan PRINCESS!! Zarin taknak pakai pofum (perfume).



Haaaaaaaaaaaaaa!!! Terkulat mama. Terkejut dengan jawapan budak kecik ni.

Terus mama menjawab, perfume bukan saja untuk princess, Zarin pun kena pakai bagi wangi, baru Handsome! Papa pun pakai perfume.

Papa handsome, mama wangi, Zarin goodboy! Katanya lagi.

Haaaa, sudah dia buat tagline pulak dah budak keciknya. Tapi setiap kali kami tanya memang itulah yang disebutnya. Lagi satu,

Mama wangi, mama cantik, mama princess!

Waaaaaahhhhh, memang menggunung puji mama Zarin ni.

Kadang-kadang bila saya dah biasa dengan rutin, sapukan lotion dan siap-siap bagi wangi hingga terlupa yang Zarin ni seorang LELAKI. Tapikan, seorang budak lelaki pun kenalah juga siapkan sebagai mana seorang budak. Adussss, pening kejap! Kena ubah persepsi Zarin terhadap hal-hal begini. Wangi tidak semestinya princess sayang oiiii!

19 comments:

  1. yea la... anak yg bijak, mesti tau ape dia nak, tapi, kite sebab parents kene la didik cara yg sepatotnya... kan Ida.. thx sudi singgah blog saya, salam kenal, i folo u back!

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sgt tu..terima kasih dan salam kenal juga.

      Delete
  2. Hehr..zarin mmg budak bijakkk

    ReplyDelete
  3. heheee... handsome Zarin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq auntie, terus malu-malu meow zarin org puji dia :)

      Delete
  4. heheheheeee macam² budak nie kan? selalu terkejut dengan ape dorang cakap :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula wina, byk dah yg dia tau nak jawab. grrrr!!!

      Delete
  5. heheeheheh..dah besar dah anak bujang!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi. itulah, ntah bila nak beradiknya. kehkehkeh

      Delete
  6. salam perkenalan..
    terima kasih follow kakna
    memang macam tu budak zaman sekarang ni.pandai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga kak. memang betuilla, budak sekarang memang bijak dan cepat matang

      Delete
  7. ker ada budak pompuan yang gitau dia... budak lelaki tak leh pakai perfume... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahha...mungkin juga tu. kena siasat ni!

      Delete
  8. Hehehehe...budak bijak & hensem ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq. zarin dah malu kena puji ni :)

      Delete
  9. Replies
    1. haa, cheqna. jangan tatau. kalau depan public pun cepat juga mulutnya.

      cth, mama comotnya dia kan! haaaaa, pitammmmmmm mama!

      Delete
  10. dia mmg good boy...sbb kata mama dia cantik..

    anak akak pun kata...mama yg cantik

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...