Monday, March 19, 2012

Indahnya Hidup Bersyariat

Sudah lama saya mencari buku ini. Alhamdulilah akhirnya hari ini saya dapat memilikinya. :) Buku Indahnya Hidup Bersyariat ini merupakan buku panduan fardu ain lengkap bergambar. Memang bagus pada pendapat saya. (belum khatam lagi tapi dah jatuh cinta pandang pertama)






Berdasarkan ringkasan belakang buku ini, isi buku Indahnya Hidup Bersyariat ini merupakan panduan untu diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masayarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli) munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu ini bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.

Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.

Harga buku ini bagi Semenanjung Malaysia ialah RM55, Sabah dan Sarawak RM57. Tapi saya membelinya dengan harga RM35.75. Alhamdulilah :)

Jangan lupa dapatkan buku ini ya ^_^

Hidup bertakwa bermula daripada lahirnya insan ke dunia.

7 comments:

  1. sungguh rasa cemburu belum dapat membeli buku seperti ini..
    moga bulan mendatang akan dapat dimanfaatkan gaji dengan sewajarnya :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..ku pun baru beli buku.. :)

    ReplyDelete
  3. Bru sempat bca 5 helai. Suami je dah khatam. Rsa aritu suami bli 50.50... Tp dia dpt claim 100 sebulan utk buku... Hehhe

    ReplyDelete
  4. mak kak sya hadiahkan buku ni masa raya tahun 2010 untuk semua anak2 dia...
    buku ni memang bagus... :)

    ReplyDelete
  5. memang best buku nie... selamat membaca :)

    ReplyDelete
  6. lia pun ada buku ni , abah yg suggest beli sbb isi kandungannya sgt bagus dan padat. :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.... dekat mana nak beli buku ni yer?

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...