Tuesday, March 6, 2012

Maafkan mama

Sungguh saya terasa amat bersalah. Mula terfikir, kalau saya tak kemas bilik pasti perkara ini takkan terjadi! Kalau..kalau..kalau..Hingga sekarang perasaan bersalah pada Zarin tetap ada lagi.


Semalam, entah mengapa saya teringin sangat nak kemas bilik no.2 atau bilik tetamu. Selepas solat maghrib, terus tukar cadar dan macam-macam. Zarin pula sibuk menolong, sekali sekala Zarin rebahkan badannya pada timbunan bantal dilantai. Entah macam mana tiba-tiba terbunyi kungggggg!!!!! dahi zarin terhantuk bucu katil.

Terus Zarin menangis dan darah menitik dan membuak-buak keluar!

Masyaallah, Zarin! Lantas saya terus mengangkatnya ke ruang tamu. Zarin bertukar tangan. Mr. papa terus lapkan darah Zarin yang sudah mengalir memasuki mulutnya. Saya panik, terasa badan seram sejuk nak pitam lebih-lebih lagi tengok darah likat dan sedikit hanyir itu. Saya mencapai beberapa ketul ais untuk diletakkan di benjolan dan luka di dahinya. Tetapi dia menolak.







Zarin masih menangis sambil memejamkan matanya. Mulutnya sahaja yang berbunyi nak mama! nak mama! nak mama! Lantas Mr. papa mengambil air gamat dan kapas lalu tekupkan di dahinya. Darah masih mengalir, namun tidak sehebat tadi. Melihat luka yang agak mengerikan itu, kami lantas membawanya ke klinik yang berhampiran.

Di dalam kereta, menitis juga air mata saya. Rasa bersalah yang teramat sangat. Kenapa saya cuai????? Ya Allah, berkali-kali saya bertanya Mr. papa.

"Macam mana ni? macam mana ni?"

Nasib baiklah Mr. papa menenangkan saya. Melihat dahi Zarin yang masih berdarah itu, semakin meruntun hati saya. Ya Allah apa aku dah buat ni! Kami bernasib baik kerana sebaik sampai, di depan klinik tersebut ada tempat parking emergency, lantas kami terus parking di situ.

Saya pula tangan menggigil sehingga tidak mampu untuk menulis borang. Zarin pula semakin ok. Darah sudah berhenti mengalir, cuma di baju, seluar dan tangannya tidak sempat saya bersihkan.

Alhamdulilah kami tidak perlu menunggu lama. Doktor yang merawat Zarin menyatakan bahawa, luka yang dialami dalam lingkungan 1 inci. Pendarahan yang berlaku di bawah lapisan kulit dan membeku menyebabkan dahi Zarin bengkak. Doktor membersihkan luka di dahi Zarin dan menyatakan luka tersebut tidak dalam dan memadai dengan plaster.








Alhamdulilah, lega hati saya. Selepas mencuci dan plaster, doktor menjelaskan lagi bahawa luka tersebut akan bercantum dan plaster itu boleh dibuka dalam masa tiga hari. Sepanjang tempoh tiga hari, pastikan luka tersebut tidak terkena air, memadai dengan lapkan kepala dan mandi badan sahaja. Selepas tiga hari boleh disapukan ubat yang dibekalkan dan bengkak tersebut mungkin mengambil masa selama dua minggu untuk hilang dan yang pasti parut akan ada!

Sepanjang perjalanan pulang, saya menyatakan rasa bersalah pada Mr. papa.

Mama: "Saya rasa bersalah sangat-sangat. Kalaulah saya tak kemas bilik, pasti takkan jadi gini".
Mr.papa : Takpelah, benda dah nak jadi. Lain kali kita beringatlah. Tapi saya pelik juga awak bersungguh-sungguh nak berkemas bilik tu. tak boleh tunggu-tunggu."
Mama: Itulah, saya pun hairan juga. Tapi kesianlah tengok dahi Zarin ni. Makin bersalah rasanya, pa.
Mr. papa: Lain kali biarlah saya buat. Pernah ke saya tak kemas bila tiba waktunya? Tak pernah kan? Biarlah saya buat semua tu.
Mama: Lain kali saya tak nak buat ape pun. Saya dah fobia, saya nak jaga Zarin je.
Mr. Papa : Taknak buat ape-ape? sambil gelak.
Mama: Ha, awak buatlah semua!

Sampai sekarang perasaan bersalah itu masih membelenggu diri. Nasib baiklah Zarin ok di nursery. Bila saya cakap kat Zarin "Lain kali Zarin jangan masuk lagi kat bilik tu, jangan lari-lari"

Dan Zarin membalas "Zarin nak tolong mama kemas je"

Oh anakku, betapa besarnya rasa bersalah mama pada kamu, maafkan mama :(

7 comments:

  1. alahaiii......anak!isskkk....takpe zarin hero kan..

    ReplyDelete
  2. ya allah kesiannya... saya tgk pun ngilu.. nasib baik dia ok x pape..
    biaserlah tu klu kt yg bersalah.. rasa serba salah tu kan hilang sampai bile² selagi nampak parut tu kan... moga zarin cepat sembuh.. nnt tolong mam lagi yer...

    ReplyDelete
  3. kite baca pun rasa mcm sayu.. nsib baik zarin tk teruk sgt tk smpi kena jahit. mcm tulah kak ida.., malang tidak berbau.. awal2 ni msti rasa trauma kan... sabar yer kak ida.., insya allah..,nti zarin akan kembali hensem spt biasa :)

    ReplyDelete
  4. Jgn macam tu da .... yang terjadi hari itu, adalah kehendak Allah Taala, dan kerana kehendak Allah Taala juga, da tiba2 rasa nak berkemas2 kat bilik tetamu hari tu, kan. Sebab dan akibat sentiasa seiring dalam kehidupan kita. Apa2 pun, alhamdulillah zarin okey....

    ReplyDelete
  5. sebak plak baca entri ida ni...sbg ibu, mesti perasaan bersalah tu menebal kan..moga zarin cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  6. takpe,zarin kuat kan....mama tak sengaja tu

    ReplyDelete
  7. kesian zarin...takpe ida, jgn rase bersalah sgt..bende nak jadikan..pasnie kene lebih berhati2 yea...

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...