Thursday, March 8, 2012

Panduan Khusyuk dalam Solat

Alhamdulilah, hari ini saya berpeluang untuk mengikuti ceramah agama bulanan yang dianjurkan oleh pejabat saya dan disampaikan oleh Ustaz Zulkefli Hamat (Mursyid Imam Muda), yang bertajuk Panduan Khusyuk dalam Solat. Jadi apa yang saya perolehi ingin sekali saya kongsikan dengan kawan-kawan.

Khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-



yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].





Berikut ialah beberapa panduan khusyuk dalam solat:
1. Mesti ada wuduk yang sempurna.
2. Hadirkan hati kita untuk mengerjakan solat.
3. Fahami maksud ayat-ayat yang dibaca.
4. Malu dengan Allah s.w.t
5. Takwa kepada Allah s.w.t
6. Menganggap solat itu adalah solat yang terakhir sepanjang hidup kita.

Semoga panduan-panduan yang diberikan itu dapat membantu kita untuk mendapatkan solat yang khusyuk di samping menambahkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t dalam kehidupan seharian, Insyaallah.

8 comments:

  1. insya-Allah, semoga diberi jalan oleh-Nya.... yang terakhir tu, selalu tanam dlm diri, ini solat terakhir kita, insya-Allah, kita akan bersolat bersungguh2, kerana fikirkan kita akan mati selepas solat itu.... subhanaallah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak.. insyaallah, sama2lah kita berdoa supaya mendapat kekhusyukan dalam solat :)

      Delete
  2. insyaAllah...semoga amalan kita di terima olehNYA

    ReplyDelete
  3. bile saya malas2 tu memang saya selalu ingat part akhir tu "ingat ini solat terakhir yang dikerjakan"...masa tu baru leh khusyuk..mata yang ngantuk pun leh segar..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...