Monday, March 26, 2012

Pengantin merah menyala

Cuaca yang panas terik di Terengganu membolehkan majlis perkahwinan makcik saya berjalan lancar. Alhamdulilah. Namun kesian juga dia, cuaca panas terik ditambah pula dengan tema pilihan merah menyala, terus tak reti nak kata apa dah. Saya pula semasa iron baju terus ditegur oleh Kak Mek,

Kak Mek: La, mung nok paka baju ni ke? Tebal ni. Jenuhla peluh kek gi.
Saya: Tula, Wat balik sela ni je baju. Rasanya ok, kain tak panas.
Kak mek: Pasai pe tak wat balik sutera?
Saya: Aku malas nok gosok. Hahahahahaha...






Mengikut atur cara, pengantin lelaki akan sampai pada pukul 1.00 tengahari. Pada mulanya, saya turut diminta untuk menjadi pengapit. Oh, mula bangga kejap, walaupun umur dah nak masuk 30, Ai masih laku untuk jadi pengapit ok! Sila jangan jeles! muahahahahahaha. Namun last minute saya terpaksa tolak, kerana meja makan beradab belum siap. Tak pasal-pasal kebulur pengantin nanti! Simpan jelah niat nak interframe gambar pengantin tu ^_^

Jadi carilah, anak dara yang comel-comel, (walaupun Ai merupakan mak dara yang paling comel hari tu) untuk jadi pengapit. kehkehkeh! Pengapit pun serba merah jugak! haaaaa... Memang serba serbi merah hingga berpinor lah mata hitamku itu.





Pada mulanya pening juga memikirkan lauk apa yang perlu disediakan, dessert lagi. Macam-macam idea keluar dan gigih mencari resepi. Tapi bila saya ajukan lauk pauk kata makcik saya (saya panggil dia adik, kes anak buah lagi tua dari mak sedara. kehkehkehkeh)

Saya: Dik, mung nak lauk mende? Aku dok reti sangat.
Adik: Ikut ar lauk mende pung. Tapi mak Naza (bakal mak mertua) dok leh makang seafood, allegic. Dok leh makan pedas, dokleh....dokleh...doklehh
Saya: Owoh, doh kalu seme dokleh, aku goreng ikang kering je la...




Itulah antara dialog kami. Maka, saya pun berhentilah mencari idea atau resepi yang bombastik seperti udang galah terbang ka, udang galah cucuk ka, dan yang lain-lain. Yang terhasil hanyalah ikan siakap / kerapu masam manis disamping lauk pauk atau menu utama yang lain iaitu gulai kawah, ayam masak merah, acar timun,sayur dan beberapa jenis lagi saya tak ingat dah. Dessert pula saya hanya sediakan puding kasih bertaut dan triffle, hanya itu saja yang sempat.





Walau macam manapun saya sangat berpuas hati. Percubaan pertama sediakan meja pengantin kan? Yang penting mereka semua makan bertambah. paling lucu, selepas ini jika ada saudara mara terdekat yang nak kahwin, memang sayalah yang dilantik untuk menyediakan meja pengantin. Kelasssss ko jah! (sila baca sambil bayangkan tangan di dada mata ke atas). Dan baju saya pula alhamdulilah sangat ok. Walaupun peluh mengalir macam air, tak adalah sampai basah baju celah ketiak, kalau tak malu juga. Cuma mukalah yang jadi macam udang kena bakar. Bila dah jadi ratu dapur, otomatik high heel terperuk dalam bonet kereta. Selipar jepun juga yang menajdi sahabat sejati.hikhikhik

Apepun "Selamat Pengantin Baru kepada Adik Reen dan pasangan. Selamat menempuh alam perkahwinan dan berbahagia hingga ke akhir hayat, amin :)

18 comments:

  1. molek sungguh la kamu ni mekk..hehehe.. :)

    ReplyDelete
  2. Huh... merah menyerlah tapi cantik sungguh dan kelihatan meriah kalau warna macam ini. Peluh mengalir tu biasalah walau tak baju merah pun kalau dah buat kerja masa panas peluh tetap mengalir juga...

    Tahniah dah jadi duta penghias meja pengantin:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak, terus rasa bangga kejap bila dilantik jd duta ni. hikhihkihkhihk

      Delete
  3. Ohhh patut lah k.ida kata makcik kwin...rupanya anak sedara lebih tua dari mak sedara...selalu org pantai timur mesti anak buah panggil mak adik kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah nani, anak buah lagi tua kekdahnya. hahahaha..

      ye kot, sbb hanya kak ida tiga beradik je panggil dia adik, anak buah yang lain panggil dia moksu

      Delete
  4. Alaaaaa..nak tgk gambar lauk2 tu..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhuh. sorry, mmg x sempat snap gamba, ni pun anak buah yg ambilkan :(, kalau ada boleh tempek kat blog masak nun!

      Delete
  5. wahhh.. merahnya dan berseri2.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. merahnya mak ngah ni Lia, dari jauh org dah nampak!

      Delete
  6. mek..
    jadi jong kaker moh cheqna r plop
    hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. owoh, cheqna. dok rok dok wase. insyaalah akan diusahakan :P, cheqna bila lagi ni?

      Delete
  7. Replies
    1. hihihi, merah itu menawan, auuuum!

      Delete
  8. salam kenal...i follow u back... wahh...meriahnyer kaler tema pengantin!he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, terima kasih ya. Merah banyak ong sempena tahun naga! kihkihkih

      Delete
  9. hahaha dialog tu mmg mencuit hati... eh kak ida ore kelate ko ore ganu ke apo ni ????

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ida ore ganu, tp masa form 4 pindah kedah. Lening kalu balik ganu sakit keng kena ckp slang ganu mamalikha oii..balik kedah ckp kedah, duk kl ckp kl. nasibla lidah dok simpul! hahahahahah

      Delete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...