Thursday, March 29, 2012

Poda Island, Krabi

Adududuusss, terlupa pula nak sudahkan entry Jalan-jalan Krabi. Ingatkan dah lengkap, tapi hanya setengah jalan sahaja rupanya. Oklah, hari ini saya sambung balik cerita jalan-jalan Krabi tu ya. Maklumlah umur dah meningkat tiba-tiba jadi pelupa. Hihi..Destinasi kami seterusnya dan terakhir selepas snorkeling ialah ke Poda Island.

Poda Island ini sangat cantik. Oh, semua cantik tak ada yang tak cantik bagi saya :P. Bila sampai kami terus menikmati hidangan tengahari. Perut tengah lapar, makan apa pun sedap. Menurut Abang Salleh, Poda Island ini sangat terjaga. Memang tidak ada hotel didirikan di sini. Pengunjung hanya akan dibenarkan untuk berjemur, mandi-manda, snorkelling dan kemudian selepas waktu tertentu, semua pengunjung mesti balik semula ke pekan Aonang.


















Jadi selepas makan tengahari, masing-masing merehatkan diri sebentar. Penat mandi laut memang lain macam. Oh lupa, di sini juga disediakan khidmat untuk menyewa kerusi dan juga tikar. Jika berminat bolehlah menyewanya.

Saya dan Zarin pula lebih berminat untuk berendam di dalam air. Sudahnya kami berdua mencari port yang redup iaitu dihujung pulau ini. Memang redup dan seronok untuk mandi. Tak adalah sunburn sangat. Sambil mandi laut boleh tengok monyet yang banyak dan jika berani boleh berikan monyet-monyet tersebut makanan.

Hampir dua jam lebih juga kami di sisni. Sebab memang lama sangat mandi rasanya hinggakan habis kecut jari. Ahli keluarga yang lain ramai yang sudah tukar baju, sebab selepas itu memang kami akan bertolak pulang. Tetapi saya dan Mr. Papa tak tukar baju. Zarin saja yang tukar sebab nanti nak naik boat lagi, sure basah juga.


Bila jam menunjukkan pukul 4.00 petang, kami pun bergerak pulang ke Pekan Aonang. Kami dinasihatkan agar duduk ditengah-tengah boat kerana boat agar bergerak dengan lajunya untuk tujuan keselamatan. Maka berakhirlah aktiviti menjelajah pulau kami pada hari itu. Walaupun penat tetapi sangat seronok.










Bila dah sampai ke Pekan Aonang, sangat malang bagi saya kerana saya terjatuh semasa hendak turun dari boat. Memang sakit sangat. Tapi cover, takkan nak nangis kat situkan? Bila orang tanya ok tak, ok tak? Saya lantas jawab ok saja. Walaupun ketika ini Mr. Papa tahu saya memang tak ok! Sob-sob.




Memandangkan baju saya basah lencun, jadi kami menyewa tut-tut untuk balik ke tempat penginapan. Sampai bilik, belek juga kaki dan tempat yang jatuh tu, memang bengkak dan lebam-lebam. Cepat-cepat sapu dan urut dengan minyak gamat. Zarin pula selepas mandi terus lena. Letih agaknya.

Malamnya pula, kami sekadar jalan-jalan di sekitar pekan Aonang, tapi tak tahu nak beli apa kecauli baju I love Krabi . hihihihihi. Selepas itu, kami pun terus singgah makan di sebuah restoren. Selepas makan, terus balik hotel untuk berehat kerana keesokannya kami akan bertolak balik ke Alor Setar.

Cerita-cerita tentang jalan-jalan krabi boleh lihat di SINI

5 comments:

  1. sangat ohsome pantainya. Biru sangat.

    ReplyDelete
  2. cantik..
    beshnya berjalan2 ni =)

    ReplyDelete
  3. cantiknye tempat tu...bila ar nak sampai sane...

    gambar2 pun cantik

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...