Monday, March 12, 2012

Warung Pok Nong Mengabang Telipot

Peluang balik ke Terengganu tidak dilepaskan untuk jalan-jalan cari makan ke Warung Pok Nong. Warung Pok Nong terkenal dengan ikan celup tepung (ICT) , udang celup tepung, sotong celup tepung dan juga keropok lekor goreng. Saya teringin untuk singgah di warung Pok Nong ini, gara-gara terpengaruh dengan rancangan jalan-jalan cari makan. (sila salahkan rancangan tersebut ya :P)

Selepas kenduri kahwin, pukul empat petang kami telah bersiap sedia untuk misi jalan-jalan cari makan. Mula-mula macam malas dah nak pergi, sebab sepanjang balik Terengganu, perut langsung tak pernah ada ruang kosong. Makan, makan makan dan makan lagi. Bila dah makan, terus terlupa alat penimbang buat sementara waktu ^_^. Namun dah alang-alang balik, pergi jugaklah. Jarak antara kampong saya ke Warung Pok Nong Mengabang Telipot adalah sebanyak 72km. Taklah jauh sangat rasanya, kalau sedap memang berbaloi pergi.





Kami tiba di warung Pok Nong lebih kurang pukul 5.45 petang. Mula-mula sampai di kawasan Batu Rakit, Mengabang Telipot, tak ada pula sign board warung Pok Nong atau seangkatan dengannya. Terus terfikir, salah jalan agaknya. Kemudian kami terus menelefon warung tersebut untuk mengenal pasti dimanakah lokasinya. Alhamdulilah, jumpa. Kalau tidak mahunya saya bersilat kat situ sebab tak dapat jumpa Pok Nong! ^_^

Sebaik sampai, masyaallah. Ramainya orang! Penuh kereta kiri kanan. Alhamdulilah, kami sampai ada satu famili yang baru selesai makan. Terus dapat meja. Kalau tidak, berdirilah tunggu meja. Mula-mula tercengang juga sebab tatau camne nak order. Tengok meja masing-masing semuanya penuh dengan ikan celup tepung (ICT) , udang celup tepung, sotong celup tepung dan juga keropok lekor goreng. Wallah, terliur weh!






Rupanya kena layan diri. Beratur untuk ambil sendiri. Jadi Mr. Papa pun beraturlah. Tapi lain pula jadinya. Tak ada istilah beratur rupanya, tapi berkumpul dan tertumpu di dulang-dulang ikan celup tepung (ICT) , udang celup tepung, sotong celup tepung dan juga keropok lekor goreng. Kaedahnya siapa cepat dia dapat kot, saya pun tak berapa pasti. Sepanjang pemerhatian saya, masak je terus licin, masak je terus licin. Masing-masing berebut. Kalaulah saya yang kena ambil makanan tersebut, sure sampai ke sudah tak dapat makanlah. Hihihihihihihi. Kalau nak lagi senang dapat, bawak pengepit dari rumah siap-siap. Eh tipu je, jangan bawak tau, nanti marah pulak Pok Nong. :p

Syukur, tanpa perlu menunggu lama makanan yang dihajati pun sampai. Inilah yang kami sempat ambil 2 ekor ikan celup tepung (ICT) , 6 ekor udang celup tepung, 2 ekor sotong celup tepung. Ingat nak ambil lagi, tapi orang makin ramai dan bagilah kat orang lain untuk merasa sama.





























Semua makanan di sini sedap. Rasa macam tak cukup apa yang kami dah ambil tu. ICTnya menggunakan ikan selayang/sardin dan terangat fresh+manis+juicy isinya. Nyum-nyum. Udang pun sedap. Rangup hingga boleh makan dari kepala sampai ekor tanpa perlu buang kulit. Hahahahahaha..Sotongnya jangan cakaplah, terbaikkkk!!!! Anak buah saya cakap kalau 5 ekor pun habis dia makan sotong tu, amboiiii, badan cekiding tapi makan banyaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk!!! Harganya pun murah semuanya hanya RM29 termasuk 2 mangkuk ABC, 1 mangkuk jagung parut dan 2 gelas air kelapa. Rasanya memang berbaloilah kami pergi.

Dalam perjalanan pulang, kami imbas kembali pengalaman nak dapatkan ikan celup tepung (ICT) , udang celup tepung, sotong celup tepung. Terasa lucu hingga terbahak-bahak kami ketawa. Mr.papa kata, masa kepit makanan tu, rasa dapat terus je kepit kuat-kuat, angkat dan masuk dalam pinggan. Camne kalau masa kepit-kepit tu terkepit tangan orang! Hahahahahahaha...penangan ICT. Teringat muka Pok Nong yang sentiasa senyum dan senyum. Mungkin itulah tarikan untuk orang terus datang dan datang ke sana selain daripada makanan yang sedap dan harga yang berpatutan.





Okeylah, dah macam karangan UPSR bertajuk “Pengalaman ke Warung Pok Nong” dah jadinya.

Eh ada lagi, cadangan saya yang sekali sekala singgah ni, adalah lebih elok sekiranya system que dapat berfungsi dengan baik. Semua orang dapat makanan, tak adalah siapa cepat dia dapat. Tak perlu berebut-berebut. Kalau yang jenis sopan dan pemalu macam saya ni surelah sampai ke sudah tak dapat makanan. Kasihanilah orang yang berperwatakan macam saya ni ^_^

Jika berminat bolehlah singgah ke sini jika ke Terengganu

Warung Pok Nong
Jalan Pantai A1693,
Kampung Kolam Mengabang Telipot
09-6127655
0133517262
GPS coordinate: 5.428023,103.072854

19 comments:

  1. bestnyer celop2.....satu hari pasti sampai jugak kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best Alin. kalau dekat maunya tiap2 ari pi!

      Delete
  2. tak pernah cuba celup2 ni..tapi memang nampak best kan

    ReplyDelete
  3. alamak, uat kecur je ptg2 ni...
    sya mmg sukeeee sgt kat sotong tu..

    bila lah dpt rasa ganu punye...


    salam kenal ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ganu rasa tepungnya lain. tu yg best tu

      salam kenal juga :)

      Delete
  4. Kakak suka Terengganu. Tahun lepas kakak pergi akhir tahun, mungkin tahun ini selepas raya. Makanan di sana sedap-sedap itu yg kakak setuju benar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni anak jati ganu kak..tp famili dah lama merantau..tu yg jarang2 balik. tp mmg mknn dia semua sedap...sbb tu balik ganu 2 hari perut tak pernah ada ruang kosong, makan, makan, makan je. hihi

      Delete
  5. sumanya celup tepung yer katsini?

    sedap tgk abc tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua celup tepung kecuali keropok lekor. semua sedap. abc tu dia tambah ais krim 1 scoop. tp aiskrim dah cair masa amik gamba tu. hihihi

      Delete
  6. adudududdudududuuuu...dududdududuuu....terliur la beb!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom jalan2 pantai timur pulak, jalan-jalan cari makan:)

      Delete
  7. Sy pertama kali pnh makan kat Warung nie....sy pun ade update entry kat blog sy.

    =D

    ReplyDelete
  8. sy tgh search psl warung pok nong nih sbb tgh bercuti kat KT..x sabo nak terjah ke sana sekarang juerrr!!

    ReplyDelete
  9. Sy tiap kali balik x prnh mis mkn kat kedai pok nong...hehhe sib baik umah kat simpang 3 depan tu je...jln kaki pun smpai....

    ReplyDelete
  10. Sy tiap kali balik x prnh mis mkn kat kedai pok nong...hehhe sib baik umah kat simpang 3 depan tu je...jln kaki pun smpai....

    ReplyDelete
  11. Salam,
    Saya dah sampai hari ini 3 Dis 2013, makanan puas hati, harga berpatutan yg penting ikan, udang, sotong sgt fresh.
    Bolehlah singgah kalau datang ke terengganu.

    ReplyDelete
  12. Ni lar tempat asal celup tepung....kedai ni buka sekitar tahun 1985 sbg kedai kampung....time tu x de pun org jual spesis celup tepung ni kat mana2 pun....mmg warong matnong nin A....drp org asal kg mengabang telipot

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...