Tuesday, April 10, 2012

Demam rindu rupanya

Minggu lepas adalah minggu yang sangat mencabar bagi saya ekoran dari demam zarin yang on off ditambah pula Mr. Papa outstation ke Melbourne. Bukan mudah untuk menghadapi anak yang demam seorang diri. Sungguh, memang saya akui. Kadang-kadang saya menangis sendirian. Entahlah, saya sukar untuk mengungkapkan semua itu, yang nyata timbul suatu perasaan yang sukar digambarkan.

Syukur alhamdulilah dan terima kasih kepada kakak dan abang saya yang tidak jemu-jemu bertanya dari jauh tentang kesihatan kami dua beranak. Boleh dikatakan sejam sekali telefon, SMS. Terima kasih kerana mengambil berat :)



Sebenarnya sebelum Mr. papa berangkat, demam Zarin telah pulih. Namun pada malamnya, badan zarin mula panas kembali. Acap kali dia bertanya "kenapa papa balik lambat? dah gelap dah (malam). Sejujurnya, Zarin memang jarang berjauhan dengan papanya. Saya menjadi semakin resah gelisah dan panik apabila bangun tidur keesokan paginya Zarin mengadu

"Mama, kaki Zarin sakit, tak boleh jalan ni, nak dukung!"

Sungguh saya panik dan rasa nak pitam! Bila berdiri pun tak boleh, sakit katanya.

Saya tak pasti sama ada dia betul-betul sakit ataupun nak bermanja. Namun apabila saya mengajaknya ke playground, laju pula dia berjalan! oh anakku!

Namun hati keibuan saya sungguh tersentuh semasa badannya tengah panas, dia mengadu

"Mama, Zarin rindu papa! Zarin nak peluk baju papa!"

Memang sah, demam rindu rupanya budak kecik ni.

Ahad malam, Mr. papa selamat sampai di rumah. Badan Zarin yang tadinya panas semakin beransur hilang. Syukur alhamdulilah. Zarin dah sihat dan hari ini Zarin dah boleh ke nursery :)

Psst:Sekali sekala hati kecil berbisik, apa dosa aku dah buat? Anak tak sihat, automatik ibu bapa akan berjaga siang dan malam. Mungkin ini balasan terhadap kesalahan yang dilakukan. Apepun cepat-cepat saya beristigfar dan berfikir 'Aku kuat, sebab tu Allah uji aku.'
Terima kasih pada semua yang mendoakan Zarin. Saya amat menghargainya.

12 comments:

  1. Mesti dia manja dgn papa dia sebab itu walau demam dah kebah ia berulang bila kena tinggal papa.

    Syukurkah dah sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang manja sikit kakZakin. budak jarang kena tinggalkan. alhamdulilah kak dah sembuh ni barula rasa lega sikit

      Delete
  2. Replies
    1. itulah, budak2 kalau demam mmg kesian, kita ibu bapa yang risau terlebih

      Delete
  3. ololo zarin...
    alhamdulillah dah sembuh
    memang rindu papa la tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah... anak papa gitula. kalau boleh nok duk celah ketiak sokmo. huhuhuh

      Delete
  4. alahai...anak rindu..mak lagilah bertambah rindukan...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak pun of coyrsela rindu. huhuhuhu

      Delete
  5. ami kecik2 dulu pun camtu. slalu demam bila kena tinggal ngan en. abah. risau sungguh akak dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, bila kita sorang-sorang mmg risau. sebab kerisauan tu tak boleh dikongsi dengan sesiapa agaknya.

      Delete
  6. alahai hati seorang ibu..:)

    syukurlah dia dah sembuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq si kiut lavender. alhamdulilah baru tenang hati ni :)

      Delete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...