Tuesday, April 3, 2012

hati di rumah

Pukul 6 pagi semalam badan Zarin mula panas membahang. Entah kenapa saya yang tidur sambil memeluknya langsung tidak terasa panas badannya. Cuma saya perasan tidurnya agak terganggu malam itu. Yang tersedar Mr. papa, lantas terus kejutkan Zarin dan makan ubat. Bila anak dah demam, automatiklah mama terpaksa cuti kecemasan.



Hari ini giliran papa pula menjaga Zarin. Boleh dikatakan setiap jam/masa saya asyik whatapps Mr. Papa tanya Zarin. Remind Mr. Papa untuk bagi Zarin ubat dan sebagainya. Hati seorang ibu kan, sungguh tak keruan di pejabat hari ini. Badan di ofis, tetapi hati dan jasad di rumah. Mata yang dah sepet ni bertambah sepet dek kerana tidur tak lena semalam.

Bukan apa, sayu hati bila saya cakap padanya,

Zarin hebat, Zarin kuat, nanti cepat baik.

Balasnya

Zarin tak hebat, Zarin tak kuat, Zarin demam ni, sambil nangis!

Sob-sob.

Mengikut laporan yang diterima, Zarin bertambah ok. Panas pun dah suam-suam saja. Alhamdulilah. Moga cepat sembuh sayang, amin.

10 comments:

  1. zarin demam rupa2nya ... insya-Allah, moga zarin cepat sembuh.... (sgt risau kalau anak2 demam...:-((

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak. amin2..moga cepat sembuh, insyaallah

      Delete
  2. Cepat baik yer zarin.betul lah kata k.ida hati seorang ibu tak sanggup nak tgk anak dia kalo tak sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih nanie. kalau boleh nak gantikan tempat dia. tapi alhamdulilah hari ni dah beransur sihat :)

      Delete
  3. cheqna suka letak air asam jawa di dahi bila demam...sejuk sket rasa
    moga zarin cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. semalam kak ida try letak. sebelum ni tak berani sebab dgr macam2 pandangankan. Sekarang alhamdulilah semakin sihat. terima kasih cheqna :)

      Delete
  4. Moga cepat sembuh. Memang hati tak senang kalau anak tak sihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kakzakie.setuju sangat. serba tak kena jadinya

      Delete
  5. skrg ni musim demam..semoga zarin cpt sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula riri. doktor pun cakap macam tu. terima kasih mendoakan zarin :)

      Delete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...