Monday, April 16, 2012

Kasut pelengkap gaya

Kanak-kanak pun sama seperti kita kaum ibu juga, yang silih berganti kasut dan handbag. Kalau boleh semuanya nak matching. Saya pun gemar juga membeli kasut untuk Zarin. Tapi biasalah, budak lelaki tak banyak choice yang ada, balik-balik style gitu juga, selipar, sandal,kasut. Geram tengok kasut ballerina untuk kanak-kanak perempuan, asyik duk belek je kalau jumpa. ^_^

Budak-budak kakinya memang cepat membesar, nak tak nak kena asyik bertukar je lakan kasutnya. Takkan nak biarkan pakai kasut yang ketat pula. Dibawah ini merupakan kasut-kasut Zarin dari start berjalan hingga sekarang. Pre walk shoes pun ada, tapi dah bagi kat sepupunya, baby Umar.


Selipar yang pertama dalam gambar iaitu bugs bunny untuk setahun lebih, saya beli kat sogo dengan harga RM8. Firasat saya, bolehlah Zarin pakai untuk basahan, ulang alik nursery. Malangnya, dia langsung taknak pakai. Dia menyebutnya SUTEK! Tataula apa maksudnya. Selipar kedua (ball kata Zarin) pula dibeli bersama-sama sepupu-sepupunya jadi Zarin pun turut serta, dapatlah sepasang. Yang ketiga tu capal, beli untuk zarin pakai pada hari raya dengan baju Melayu, harga RM10. Malangnya taknak pakai juga. huhuhuhuhuh


Sandal Nike ini merupakan sandal kegemaran Zarin. Tengokla betapa dah lunyainya sandal tersebut. tapi saya masih simpan sebagai kenangan. Yang ada gambar rabbit tu pula hanya beberapa kali sahaja pakai sebab tersalah ambil size, sob-sob. Dan sandal Teva tu kegemaran mama dan papa. kami peminat Teva, so belilah juga sepasang untuk anak. Suka tengok Zarin pakai sandal ini bersama short pants.



Yang ini pula koleksi crocs. suatu ketika dulu Zarin peminat fanatik toy story, Jadi belilah crocs toy story. Saya suka Zarin memakai crocs sebab tak sakit kaki dan sangat selesa. Tapi sangat risau bila dia pakai crocs semasa naik escolator. Yang merah tu Zarin panggil kasut BEn10 sebab letakkan jibbitz Ben10, memang fevret dia. Dan yang biru star wars, sekali sekala je pakai. Lebih suka yang merah. Kasut crocs ini untuk Zarin pakai ulang-alik ke nursery.


Seterusnya, sandal dan boots beli semasa Zarin berusia setahun atau setahun lebih. Kalau boots tu pakai lama-lama kaki Zarin akan merah dan mengadu sakit walaupun dah berstokin. Mungkin juga kaki zarin jenis gemuk dan bulat kot, tu yang sakit. Kalau sandal tu memang saya sukalah. Masih baru dan tapaknya langsung tak jejas.


Dan kasut jenis sarung petak-petak ini memang kegemaran papa dan mama. Zarin pun sangat suka kasut ini satu ketika dulu, tapi kejap je boleh pakai sebab tersalah beli size juga. Tapak pun masih tak jejas, sob-sob. Yang kedua tu papa beli masa ke Melbourne baru-baru ini. Memang Zarin asyik nak pakai kasut ni je sekarang. Selesa dan tak sakit kaki walaupun tak berstokin. sangat suka sebab nampak stylo. hahahahahaha.

Dan yang kaler biru tu, papa beli masa ke Beijing tahun lepas. Langsung tak boleh pakai lagi sebab bapok gong! Rasanya Zarin darjah satu baru boleh pakai kot :P. Lucu tau bila ingat kasut ni, sebab Mr. papa call suruh ukur size kaki Zarin. Bila ukur 17cm, so Mr. papa pun belilah 17cm, malangnya mungkin 17cm size orang putih kot! tu yang jadi bapok gong tu. hahahahahahaha


Dan yang ini pula sport shoes. Budak lelaki memang tak lari dan mesti akan ada kasut style ginikan? yang coklat tu memang dah tak muat, cuma toy story 3 tu memang kegemaran Zarinlah. Selalu tukar-tukar pakai. Tapi biasalah kolor putih cepat kotor, jenuh mama nak menyental!

Haaa, itulah koleksi kasut anak bujang saya. Majoriti semua kasutnya masih elok. Saya bagi rate 8-9/10. Memang saya simpan semua kasut Zarin, tak kira yang dah buruk ke tak, sebab sayang. hahahahaha, aduillla.

21 comments:

  1. Hhehehe...syahmi pun bnyk kasut tapi dah bnyk jugak la ku lego kan sb dah kecik! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. daku sayang nak letgo. hohohohoho

      Delete
  2. biasalah Ida...sebab dorang cepat besar, baru beli, pakai kejap ke pas tu dah ketat!

    Kira pun sama, fanatik dengan kasut/selipar...kalau boleh semua selipar corak cartoon dia nak beli...angry bird, barbie, princess, upin ipin

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu wina. ada juga kasut yang kami nak beli, tp salesman x syorkan takut pakai kejap je. huhuhuhhuu..

      ada juga tgk kasut kartun2 tu, tp setakat ni zarin tak pernah minta lagi, cuma tengok saja. selamat duit mama! hahahaha

      Delete
  3. wah suke tengok...kalau anak pompuan kompem lagi banyak kan kan kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pompuan confirm kasut kena matching dengan baju. hahahahaha..jenuh laaa

      Delete
  4. banyoknya kasut zarin, iman dgn wafiy ada satu je kasut, g sekolah pun pakai hak tu, g jalan pun pakai hak tu, dh ketat, beli lain, ...mcm mama dia juga, tak de kasut/sandal bnyk..kalau satu, satu tu lah, pakai smpi ketat/hancur, baru beli lain,tk reti nak beli banyak2....hahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa kak diey, alangkah bagus kalu kami gitu. ni tgk, eh comel, eh comel, yang ni pun comel, yang ni pun bekenan, yang ni pun nak. yang ni mama bayar, yang tu papa bayar. haaaaaaaa camne tu. anak baru sorang layankan aje. hihihhihi

      Delete
  5. Anak-anak masih kecik dan Ida masih muda memang boleh simpan lagi. Kalau kakak banyak dah bagi bibik bawa balik Indon. Memang masih elok sebab budak cepat besar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula kak. anak sorang ni masih boleh nak simpan. dua tiga seksok tataula camne, tambahan pula rumah kami ni jenis 'rumah burung'. huhuhuh

      Delete
  6. haha besar bapok gong erkk kak ida ! hmmm tp tgk pd koleksi zarin ni byk jerrr kak ida choice utk budak laki... hehe.. kak ida kepingin baby girl ni kan pulak... klo tgk 1st pic dgn 2nd pic mmg nmpk kasut2 tu tk brapa selesa.. tu yg zarin tk brp nak pakai kot, melainkan sandal nike. nike kan.... of cos selesa habis...

    haihhh anak2 pun tk kalah bgaya ni. ni bru sorg kak ida... hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa, bapok gong! Nak beli kasut kena ikut taste budk kecik ni jugok. kalau dia taknak sampai sudah xnak pakai. jgn dicuba2. hahahahahah..

      itulah baru sorang, dua tiga empat dan etc nanti tatau la camne. harap rezekinya sama atau lebih dari zarin sekarang, insyaallah..amin :)

      Delete
  7. alahai..byknya kasut yg nampak elok ja rupanya..

    sronok taw beli barang budak2..skl ada 4 org anak menakan 3 laki dan sorang prempuan.

    byk berhabis kat prempuan sbab byk baju2 bdak prempuan comey2..geram tgk..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kak ida kalu shoping mata mmg tak lepas dari baju budak pompuan. ckp kat mr. papa "nanti ada baby gurl saya nak beli yang ni, yang tu, yang nun!" hahahaha

      Delete
  8. hehe,lawakla yg ayat bapok gong tu,bunyi ketimuran sggh,i like hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nok wat guane, darah pantai timur aka bau budu sentiasa mengalir dan berlegar dari dalam diri. hahahahahaha

      Delete
  9. sy pun suka Teva..
    best aje pakai kan, selesa je..
    alya pun ada satu sandals nike, tp kaler pink..
    hehe, pompuan.. beli time jualan gudang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeaaa, ada geng, bilalah teva nak buat sale ek? huhuhuhu..

      budak perempuan mmg x dapat lari dari pink, lelaki pulak biru. hohoho

      Delete
  10. wahhhh banyaknya kasut zarin. inilah kesannya kalau mak rambang mata...gurau je dik jangan marah...hehehehheheee.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak aida, kalau bab barang anak mmg mama dia rambang mata sokmo. hikhikhikhik...

      Delete
  11. alang2 citer pasal kasut budak ni nak tumpang promote la blogshop saya ni.Shopping baby prewalker online @"S&M Little Footwear"

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...