Thursday, April 26, 2012

Mamy Poko Jumbo hanya RM41.90

Kaum ibu dan bapa, apabila ada pampers atau susu anak murah terus serbu dan memborong tak hingat. Hihihihihihihi.. Zarin sekarang hanya memakai pampers pada waktu malam, jadi kos untuk pampers tidaklah banyak sangat seperti sebelum ini. Cuma susu sahaja yang kuat. Seminggu boleh habis sekotak setengah sejak baik demam baru-baru ini.

Balik kerja semalam, kami singgah di Tesco Selayang untuk membeli barang dapur. Alang-alang dah sampai, teruslah tinjau-tinjau harga barang-barang rutin yang lain. Sungguh terkejut apabila melihat harga pampers mamypoko jumbo hanya RM41.90. Betul ke ni? Terus saya ambil satu beg, dan pergi scan harga. Betul tertera RM41.90. Lantas ambil lagi satu bag, pergi scan lagi, memang betulla RM41.90. Wah murah ni, terus borong. Hihihihihihi..
Kemudian jalan-jalan lagi cari buku untuk Zarin, tertengok pula pampers mamypokopants yang packing kuning tu. Dah ada Jumbo juga. Bila tengok untuk saiz XL ada 44 keping + free 4 keping hanya RM 35.95. Memang murah, borong juga.

Saya pun sebenarnya tak pasti sampai bila promosi ini. Jadi kepada ibubapa yang anaknya pengguna mamypoko, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Selamat memborong dan berbelanjalah dengan bijak :)

* pic from google, tq

3 comments:

  1. Wahhh murahnya... Sampai bila promosi nih? Agak2 kat Tesco lain ada jugak tak eh promosi ni.. Harus terjah nih! :)

    ReplyDelete
  2. ari ahad aritu pn ada beli 2 yg kuning tu. yg pants kuning jumbo tu, bulan lepas di carefour rm32.90. menyesal beli 3 je!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...