Monday, April 30, 2012

Popcorn Kicap

Hari ini Zarin sangat ceria untuk ke sekolah. Mungkin sebab dia seronok semalam dapat jalan-jalan KL (kalau nak jalan-jalan memang dia akan cakap jalan-jalan KL). Minggu ini Mr. papa bekerja, jadi lepas Asar baru dapat bawa Zarin jalan-jalan. Kesian dia tau, dari pagi dah siap pakai baju cantik nak keluar jalan-jalan sampai langsung tak tidur tengah hari.

Akhirnya kami ke One Utama. Sebaik sampai Zarin dah cakap nak makan popcorn kicap yang ada gula-gula mickey mouse. Kalau sebut popcorn kicap maksudnya ialah garret popcorn caramel/macadamia. Gula-gula mickey mouse pula maksudnya, cottoncandy yang diletakkan dalam bekas mickey mouse di Candylicious bersebelahan Garret. Oh anak, ingat semua kamu ya.


Jadi kami lantas membeli popcorn, dan Zarin diam di stroller sambil menikmati popcorn kicapnya. Selepas itu, kami makan-makan, beli-beli dan jalan-jalan. Sebelum balik rumah, singgah kejap di Plaza 1 Mont Kiara beli-beli lagi.

Sangat seronok melihat muka Zarin yang ceria itu. Sebelum tidur, dia dah pesan nak pakai seluar besar (jeans) dengan baju ball, baru "hensem dan bergaya", tambahnya. Hahahahahahaha... Setiap hari sebelum ke sekolah wajib mandi dan pilih baju mengikut citarasanya. Layankan saja, asalkan tak mengamuk dan menangis semasa hantar di nursery. Jika tidak, seharian hati mama tak keruan.

Alhamdulilah, setiap pagi memang sentiasa ceria dia. Mandi , minum susu, makan sudu besar (scott emulsion), pakai seluar besar baru ke sekolah (sebenarnya inilah lirik lagu yang  mama selalu nyanyi untuk hiburkan dia pagi-pagi). Lagi ceria kalau dapat pakai seluar besar fevret dan bawak bekal. Setiap hari mesti ada bekal, paling suka cekodok nana (cekodok pisang). Tapi hari ini Zarin bawak popcorn kicap, bertambah lebar senyum, esok nak popcorn kicap lagi. Pitammmmmmmm mama.

pssst: Melihat anak gembira adalah kepuasan bagi seorang ibu.

8 comments:

  1. pocorn yg sgt 'murah' tuuu..hehehe..kalo hari-hari bekal tu auntie pun tumpang pitammmm..hahaha..

    ReplyDelete
  2. beza dgn wafiy, pagi2 je suh mama cuti..alahai... mcm2 cerita..khikhihk

    ReplyDelete
  3. utk anak apa saja kan.
    samalah sy..
    kalau mood anak 'baik' kita pun senang hati :)

    ReplyDelete
  4. haha ingatkan popcorn makan ngan kicap.
    sedap ke popcorn tu? tak pernah try

    ReplyDelete
  5. pandai je Zarin bubuh nama baru popcorn kicap. Ingatkan betullah kicap hihi...

    ReplyDelete
  6. salam kenal kembali..thanx singgah kt blog saye ye..ttg buah tu, beli kt kampung sy kt batu pahat. Itupn yg 2nd hand..nak cr yg baru, sy pn x sure kt mane. Memang jarang nampa kan buai mcm tu..:-)

    Btw, berapa umur boy awak ni. Suka name zarin sbb seirama ngn nama zara n zareef..ehehehe

    ReplyDelete
  7. macam sedap je popcorn garret tu.. aunty nak cikit boleh...:)

    ReplyDelete
  8. ada2 je nama yg zarin bagi..popcorn kicap? haha..kelakar..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...