Wednesday, May 16, 2012

16 Mei - Hari Guru

16 Mei, tarikh yang sentiasa diingati oleh semua orang iaitu Hari Guru. Pertama sekali nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada bapa mertua iaitu Cikgu Ishak Md. Shah, Ayah mertua saya ni merupakan guru Bahasa Melayu. Jadi sebagai menantu cikgu BM, memang kena sentiasa menjaga ayatlah, kalau tak malu nanti weh! hihihihihihihi...

Tak lupa juga kepada kawan-kawan yang lain. SELAMAT HARI GURU saya ucapkan. Rata-rata kawan saya semasa di Universiti dulu semuanya guru. Kalau tidak saya dulupun jadi cikgu juga, tapi disebabkan ketika mendapat tawaran KPLI, saya baru mengandungkan Zarin, jadi hasrat untuk menjadi cikgu terus dilupakan. Tak apalah, mungkin bukan rezeki saya.

Lucu pula kalau teringatkan hadiah hari guru. Dulu-dulu saya selalu belikan tisu, sabun, ubat gigi, pernah juga bagi maggi, kehkehkeh. Budak-budak, ketika itu memang itulah yang termampu dan seronok tak sangka dah. Dan paling saya ingat sajak hari guru. Tapi tak ingat penuh, dua baris sahaja.
 
Antaranya berbunyi,

Guru,
 Engkau umpama lilin yang membakar diri.

Itu saja sajak yang saya tahupun. Kalau kawan-kawan tahu bolehlah sambung. Tapikan, sesiapa sahaja yang pernah memberikan ilmu kepada kita masih boleh dianggap sebagai gurukan? Jadi SELAMAT HARI GURU kepada semua :)

8 comments:

  1. selamat hr guru, cikgu Ishak..;-)

    hahah, samalah kita, sabun, tisu...kihkhihk, bangga dpt bagi hadiah kat cikgu..;-)

    ReplyDelete
  2. selamat hari guru kepada semua guru²!!

    ReplyDelete
  3. salam singgah n folow sini

    dr
    afasz.com

    ReplyDelete
  4. selamat hari guru kepada semua para pendidik.

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Guru utk semua guru :)

    ReplyDelete
  6. salam perkenalan....singgah sini jap....jom jenguk2 blog kiter pulak....ekekekke

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...