Friday, May 4, 2012

G.I.L.A

Seminggu kebelakangan ni, Zarin kerap menyebut perkataan G.I.L.A . Bila saya tanya dia kata takdepun. Abang kata kat school.

Kalau saya terdengar memang kenalah dia. Selalunya saya akan tampar (maksud tampar di sini, tepuk mulut dia dengan dua jari) pada mulutnya. Terus cakap tak nak cakap lagi dah!

Saya cakap kuat-kuat "siapa yang cakap G.I.L.A mama akan tampar mulut dia!"

Yang nak dijadikan cerita, semalam semasa dalam kereta saya bercerita dengan suami, tiba-tiba terkeluar ayat

"Hari ni saya lapar G.I.L.A!, tak sempat makan!"



Tiba-tiba Zarin menjerit

"Mama, jangan cakap tu, nanti tampar mulut!"

So, semalam, saya dapatlah penampar kecil kat mulut oleh Zarin sebab sebut perkataan tu. huhuhuhuhuhuhu..

Kemudian dia berpesan, "Mama jangan cakap lagi tau!Nanti tampar lagi kan papa?"

"Ha, apelah mama ni kan Zarin? tak baik cakap macam tu kan!" tambah Mr. papa pula.

Masyaallah, terus terasa malu. Mungkin kita tak sedar kita selalu menggunakan perkataan tu dalam perbualan harian, contohnya:

cantik gila,
lapar gila
bz gila
jam gila
lambat gila
laju gila
sikit gila
dan macam-macam lagi ayat gila yang kita sebut.

Tiba-tiba saya terus terasa seperti "Bagai Ketam Mengajar Anak Berjalan Lurus"
Maksudnya: Orang yang memberi nasihat, tetapi dia sendiri tidak melakukan sebagai yang dinasihatkannya itu.

sob-sob

10 comments:

  1. kes sama sebijik dengan Kira

    dah ajar dia jangan cakap benda bukan² nanti dosa tapi kdg² bile wina atau suami sendiri tercakap perkataan tu, dia akan cakap "Mama tak boleh cakap macam tu...dosa" :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah wina, kita nie tak ubah seperti ketamlah. lps ni kena lebih berhati-hati.

      Delete
  2. Heheehhe..some time anak-anak yg ajar kite...

    ReplyDelete
  3. Usia macam Zarin nie memang tak boleh kita leka sikit. Apa yg kita kata/cakap cepat meresap terus dlm ingatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. selalu kena lebih hati2...bukan apa takut nanti dia terckp depan org dan dh jadi habit malu!

      Delete
  4. Betul tu! Kita tak perasan ayat/perkataan kita sebut, kebetulan ank dengar....aduhai.... telajak kata....

    ReplyDelete
  5. hiihihi kan mama dh terkena !! :P

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...