Monday, May 7, 2012

Mamakan I.S.T.I.M.E.W.A

Dua minggu kebelakangan ini, kesihatan saya tidak seberapa baik. Setiap hari pening kepala, rasa macam bangunan bergoyang dan ingin tidur sepanjang masa. Oh, tak suka situasi begini, sebab rasa macam keluh kesah dan serba tak kena. Balik kerja saja terus baring atas tilam.

Suatu hari, saya mengadu pening kepala dan meminta Zarin tolong picitkan kerana ketika itu dia sedang baring di tepi saya. Tangan kecilnya mula memicit-micit dahi saya. Terasa juga picitannya walaupun jejari kecil itu menari-nari dengan tidak senada. Kejap kuat, kejap tak rasa apa-apa, kejap laju, kejap perlahan.


Kerana hanyut diulit picitan jemari kecilnya, saya pun terlelap. Tak lama selepas itu, Zarin pun kejutkan saya sambil membawa sepapan panadol dan segelas air kepada saya.

"Mama makan ubat ni, Zarin suap."

Saya lantas membuka mulut dan sebiji panadol masuk ke dalam mulut disusuli dengan air. Sememangnya Zarin boleh diharap.

"Mama sakit kepala lagi? nak ubat lagi?" tambahnya

"Mama dah ok, mama nak rehat jap." kata saya.

"Zarin nak tunggu mamalah. Mamakan I.S.T.I.M.E.W.A". bicaranya lagi.

Terkejut dan betapa terujanya saya apabila Zarin berkata "Mamakan I.S.T.I.M.E.W.A". Kepala yang tadinya sakit terus hilang. Betapa besarnya perkataan I.S.T.I.M.E.W.A itu apabila diujarkan oleh anak seusia Zarin. Sungguh saya tersangatlah terharu apabila diberi pengiktirafan yang begitu. Sememangnya saya I.S.T.I.M.E.W.A untuk keluarga kecil saya :)

4 comments:

  1. how sweet!!!mama ade ape-ape ke?ehikkss..:)

    ReplyDelete
  2. pandainyer... seronok kan kalu anak yg puji..:)

    ReplyDelete
  3. huhu..so touching la kak ida..zarin pandai sgt..nak anak yg pandai mcm zarin jgk la :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...