Thursday, May 10, 2012

Sekadar luahan terhadap kes dera

Semalam kecoh di FB berkenaan dengan video yang disebarkan itu. Tentu ramai yang dah tahu video apakan? Malas lah saya nak ulas dengan lebih lanjut. Cuma saya ingin meluahkan rasa kesal dengan orang yang memberi, respon, update status berkenaan video tersebut.

Ya, sesiapapun pasti marah dengan tindakan yang dilakukan oleh orang yang berada di dalam video tersebut. Walau apepun, kalau boleh kaji dan selidiklah terlebih dahulu. Jangan biarkan perasaan amarah menghantui diri kita. Bila marah, pelbagai perkataan seperti maki hamun, mencarut dan yang tak sepatutnya ditulis terus ditulis dan paling parah dibiarkan menjadi tatapan orang lain di alam maya.

Masyaallah, semalam pening kepala saya apabila membuka FB, newsfeed dipenuhi dengan perkataan yang sungguh tidak sopan. Paling saya rasa sedih bila ada di antara mereka sebelum ini selalu sharekan link-link berkaitan agama, hal-hal kebajikan yang sungguh manis kita baca dan lihat. Namun semalam, perkataan tak sepatutnya itu yang disharekan. Ya, saya tahu anda-anda sedang marah, tapi bukankah bahasa itu mencerminkan identiti anda? Ditambah lagi dengan profile picture yang sungguh ayu dan kacak bergaya, bila itu yang ditulis, terus orang dapat menilai bagaimana sikap anda-anda apabila menangani rasa amarah.

Dari segi logiknya, tidak ada ibu yang sanggup mendera anaknya sedemikian rupa. Percayalah, masa anak kita masih kecil hingga sekarangpun, kalau seekor nyamuk hinggap dibadan anak kita, nahaslah nyamuk tersebut. Kalau boleh seluruh rumah dicari.

Oh ya, saya bukan siapa-siapa untuk menilai sikap anda, malah saya pun tidak kenal anda dengan rapat, cuma di alam maya, rasanya. Diri saya sendiripun ada kekhilafannya, itu memang saya akui. Saya hanya meluahkan apa yang membebankan mata dan otak saya semalam. Dan lagi satu, maafkan saya sekiranya tulisan ini membuatkan anda terasa marah dan berkecil hati, saya hanyalah seorang insan yang cintakan keindahan berbahasa.

Akhir kata, maki hamun terhadap kejahatan orang tidak menjadikan kita lebih baik daripadanya.

Wallahualam, Assalamualaikum ;)

7 comments:

  1. sgt sgt bersetuju dgn kamu..sb tu izwa tak komen ape tentang tu smlm..

    ReplyDelete
  2. k.diana marah2 sedih2 juga dgn video tu, tapi tak komen kat situ..juga kesal dgn komen2 sumpah seranah ..:-(

    ReplyDelete
  3. sedih dan marah bila tgk video tp kita tak tahu apa sebenarnya masalah ibu tu...tak ada ibu yg sanggup mendera anaknya tanpa sebab..mungkin dia sendiri tertekan dan didera..who knows

    ReplyDelete
  4. eeerrr wina adelah komen sikit tentang video tu sbb paling marah dgn si perakam yg sanggup amik video lama macam tu..mmg wina bukan kat tempat si ibu atau si perakam tapi tetap tak boleh terima si perakam yg sanggup amik video lama mcm tuh & biar baby dipukul diterajang :-(

    tapi x baca pulak komen² orang yang sumpah seranah atau maki hamun...ape² pun kelakuan si ibu tu tetap salah sbb mendera anak sampai macam tu tapi kite mane tau ape yang dia lalui...betul

    tetap marah dengan si perakam..itu je!

    ReplyDelete
  5. terkesannye video tu smpi menaikkan nafsu amarah kita sbgi manusia normal,tp rase terkejut pd kwn2 yg mengeluarkan kate2 kesat tanpa tenang dan selidik dulu.spttnya slps keadaan ni berlaku yg eloknya kita doakan shj anak malang tu kembali pulih.pandangan sayelah. msg2 pendapat x sama.

    ReplyDelete
  6. ntahla...kenkadang tu la..mnusia nie..mmg x bole lari dri kesilapan...
    bila marah dah smpi tahap yg pling atas ...sabar tu kat hujung2 kuku je diamnya...
    ish..btul ke ayat nie? kira btul je lah...hehe...

    ReplyDelete
  7. si perakam terpaksa membuat rakaman tu kerana nk tnjk bukti pd pihak polis,sblm ni dia pernah halang tp dibelasah.si ibu mmg ade kecelaruan jiwa dan kini telah ditangkap dan dibicarakan.wallahualam.sumber dr teman2 fb

    terkini,si ibu kandung bayi dipenjarakan 18 bulan,mlm td pun kuar berita ttg video ni

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...