Thursday, May 10, 2012

sesekali beraksi begini

Sekali sekala melayan keletah anak yang suka buat mimik muka masa ambil gambar memang best. Tak adalahh yang asyik muncul gambar yang ala-ala skema, tegak macam menyanyikan lagu negaraku dan gambar ala-ala cover cun dan perasan cantik sahaja yang diabadikan dalam album. Gambar ini diambil selepas kami menikmati mee jawa, dan Zarin pula nak ice cream Tutti Frutti, jadi bila dah beli memang di sinilah tempat yang dia nak pergi sambil duduk menikmati ice cream walaupun sebenarnya frozen yogurt.


Bila lihat gambar ni, rasa macam best je. Alahai anak oii, cuba tengok lobang hidung kita ni, tak ubah seperti serombong kapal. Macam janji pulak nak buat hidung kembang sama-sama. hahahahaahha..

Teringat pula dialog ini,

"Walaupun rupa mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tu tetap menjadi pojaan hati ku.."

Petikan dialog Aziz Sattar dalam filem Seniman Bujang Lapok yang ditujukan kepada tuan director lakonan Ahmad Nisfu. hahahahahaha



Setiap detik bersama anak terasa seperti mahu dirakamkan semuanya. Disusun, dicantum, dikumpul dan diabadikan agar ia terjalin menjadi satu cerita klasik yang bisa diingati untuk masa depan.

6 comments:

  1. suka makan ais krim ya..sorry sy singgah sini melawat.

    ReplyDelete
  2. alahai mak-anak=comel makan aiskrim! (tak reti beraksi dpn kamera, kalau beraksi gini, mesti nmpk lucu=buruk..hikhik)

    ReplyDelete
  3. hamboi....
    tp mmg besh..tgk blik gmbo2 ni kompem senyum sorang2..

    ReplyDelete
  4. wahh tuti fruti..bila la dapat ngap tuti tuuu..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...