Wednesday, May 9, 2012

susu naik harga pulok doh

Seiring dengan kenaikan gaji kakitangan awam, begitulah juga dengan kenaikan harga barang. sob-sob. Ceritanya begini, jumaat lepas pulang dari kerja, kami singgah ke SOGO kerana susu Zarin telah kehabisan stok. Memang SOGO lah tempat untuk saya memborong susu sebab harga yang ditawarkan jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kedai-kedai lain ( berdasarkan pemerhatian sayalah). Sebelum ni, harga untuk sekotak sustagen 650g adalah RM25. Dan jumaat yang lepas harga yang tertera ialah RM26.90. Menurut promoter, sustagen memang dah naik harga sekarang.

 

Beliau mengesyorkan saya membeli sustagen yang twinpack, harga yang ditawarkan pun RM53, ada mainan sampingan pulak tu. So saya pun ambillah 2 pek yang twinpack tu, cukuplah untuk stok sebulan. Sebelum bayar, promoter tersebut memberitahu saya bahawa sekiranya saya beli 3 pek twinpack, saya akan dapat voucher RM10, lagi jimat. Bila congak-congak memang jimat pun, jadi boronglah.

Cumanya sangat terkejut sebab harga susu naik RM1.10, memang banyaklah pada kiraan saya. Kepada kawan-kawan yang tahu di mana boleh dapat susu sustagen yang murah jangan lupa untuk share dengan saya ya. Walaupun ada yang kata saya berkira, tapi saya ingin tegaskan di sini bukan soal saya berkira, walau mahal manapun harganya kalau dah memang itu yang anak saya minum memang saya akan beli kalau tiada pilihan. Namun pilihan ada di depan mata, gunakanlah sebaiknya. Yang penting saya ingin menjadi ibu yang jimat berbelanja, tak salahkan? ^_^

7 comments:

  1. ye btl,bijak berbelanja .bagus :-)

    ReplyDelete
  2. pernah beli sustagen paling murah suatu ketika di sogo...rm 24...lepas tu 25, dan skrg, 26.90..huuh, bukan berkira, tapi kalau ada yang lagi murah...lagi bagus...kena bijak2 la cari kan...

    ReplyDelete
  3. nnti kalo ade offer ku roger roger ye :)

    ReplyDelete
  4. kene pandai buat pilihan yg bijakkan sekarang.... pampers pun same.. blh pulak kurang kuantiti... harga sama..

    ReplyDelete
  5. hero kecik akak tu minum susu dutchlady 456. kalo kat kedai biasa selalunya 22.90. selalunya tesco buat sale harganya 19.90. mmg wajib beli byk2 buat stok

    ReplyDelete
  6. x de pengalaman lagi ni
    insyaallah lepas ni pasti ada pengalaman...
    biasala kak....baru je umum kenaikan gaji barang2 kompem esoknya dah naik =)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...