Friday, June 8, 2012

Angry mama!

Kadang-kadang kesabaran kita pun ada hadnya. Sebagai manusia kita tidak lari dari meluahkan ekspresi gembira, sedih, gundah gulana dan juga perasaan marah. Ya, jangan main-main dengan angry mama ya! Marah saya bukan marah tak ketahuan, tapi bertempat lah.

Baru-baru ini sebelum kami bertolak balik ke Terengganu, kami singgah dahulu breakfast di McD. Mungkin kerana cuti sekolah dan ramai yang ingin pulang ke pantai Timur, Mcd menjadi sesak. Que pun bersimpang siur, sekejap kaunter ni bukak, pastu tutup, pindah ke kaunter lain pula. Ok, saya boleh bersabar.

Tiba giliran saya, saya pun mengorder set A family breakfast, 2 set mcmuffin dan happy meal hot pancakes. Air untuk 2 set Mc muffin saya tukarkan kepada Milo panas, tapi yang dicharge dan diberi ialah milo ais. so saya pun oklah, memandangkan ramai antara kami yang suka minum ais.

Ketika makanan saya siap disediakan, saya bertanya mana set happy meal dan mc muffin?

Dan pekerja di situ berkata semua dah masukkan dalam kotak set A tu. So saya pun ok, terus angkat dan bawa ke meja tanpa menyemaknya terlebih dahulu. Sampai di meja, bila nak makan, rupanya-rupanya 2 biji mcmuffin tak ada. Jadi saya pun kembali ke kaunter untuk menuntutnya.

Saya berkata, cik, tadi saya order set A family breakfast, 2 set mcmuffin dan happy meal hot pancakes, tapi dalam kotak tu tak ada mcmuffin, kata dah letak. Cik boleh check di meja saya tu.

Pekerja yang mengambil order pun berkata tunggu sebentar dan memberitahu kepada pekerja yang menyediakan makanan. Pekerja yang menyediakan makanan berkata yang dia dah letak semua dalam kotak tu. Sambil menyediakan order-order yang lain siap hempas-hempas lagi. Aissssh, memang pantang saya kalau orang hempas-hempas ni. Sabar-sabar!





Kemudian saya berkata, "kalau tak percaya pergilah check. Saya baru je amik, semua belum makan lagi tu." Masa ni muka saya dah merah, suara pun dah bertukar intonasinya.

Tapi seorang pun antara mereka tak datang check dan tak lama selepas itu memberikan dua biji mcmuffin dalam keadaan muka yang macam apa lagi. Haissssh!!! Rasa nak bagi penampaq sedas!

Tapi sebab orang ramai malas nak kecoh-kecoh. Ambil dan terus hilang mood nak makan. Saya meminta hak yang telah dibayar! Jangan suka-suka ingat orang nak menipu + makan free!

Tapi serius, bukannya nak memburukkan, memang kerap terjadi yang hidangan diberikan tak cukup.   Lebih parah bila drive thru, dah sampai rumah baru perasan. Nasihat saya, lain kali kalau masa letak tu asingkanlah mengikut setnya, jangan sebab nak mudah dan jimat longgokkan dalam satu box. Bila orang komplen buat muka! sekeh nak?

Kita juga sebagai pengguna kena sentiasa menyemak apa sahaja barang yang dibeli supaya tidak tertipu, dan di tipu. Sekian

9 comments:

  1. hurmmm..malas buat keje or tension dgn org yg ramai...hurrmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo dah rasa susah sgt, kalo dah asik nak tarik muka, jgn keja, dok aje kat umah. akak pun kdg2 penah terkena camtu. rasa nak bagi penampar sedas

      Delete
  2. kerja tu kn amanah dan tanggungjawab.
    gaji nak tapi kerja nk mgempas2..
    pantang betul.
    Tapi tak pernah ade experience mcm ni lg..

    ReplyDelete
  3. pernah terjadi masa beli drive thru, sampai rumah bru perasan xde grrrr!

    sebab tu start hari tu, mmg wina check dulu semua order..lantaklah kalau kereta belakang nak marah ke hape ke sbb tunggu lama!

    lagi satu, bile dah nama keje dalam bidang 'customer service' nie, etika kerja perlulah betul...wina pun paling x suke dilayan macam tu..kalo silap, buatlah cara dah silap, plg x tahan kalau buat muka & hempas²!

    ReplyDelete
  4. drive thru selalu ada yg kurang..sha mmg PERIHATIN bab makan2 ni..jgn ler terkurang..mau ku pusing balik minta..mmg sha kalau sound,sound direct je..hahaha

    ReplyDelete
  5. kak yg baca ni pun rasa marah apatah lagi kalau mengalaminya.bab hempas2 tu mmg rasa nak sekeh je.

    ReplyDelete
  6. Kakak pun dah terkena sebab order 8 set bila sampai rumah baru sedar ada satu kotak tak lengkap setnya. Masa tu balik rumah bapak kakak...

    ReplyDelete
  7. bagus didedahkan..
    supaya semua pelanggan boleh berhati2, check terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  8. tensionlah tu agaknya dah ramai org tunggu.. alhamdulillah x pernah terkena lg, tp kalau beli brg kat tesco mmg harus semak.. sbb selalu brg offer tp harge masih x tolak offer huhuhuhuhu....

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...