Tuesday, June 12, 2012

Bercerai Susu

Alhamdulilah setelah hampir 3 tahun 6 bulan menikmati susu ibu, Zarin sekarang telahpun bercerai susu sepenuhnya. Bila ditanya perasaan saya sebagai ibu???? oh sangat sedih ok! Sebelum ini memang dia sentiasa melekat dengan saya, sekarang tidak lagi. Perasaan sedih itu tidak dapat digambarkan sebenarnya, hanya yang mengalami sahaja yang faham.

Apepun saya bersyukur saya telah berikan yang terbaik untuknya. Saya bersyukur juga kerana tidak perlu melakukan pelbagai cara untuk bercerai susu. Cuma dari segi percakapan, (nasihat dan penerangan) kepada Zarin dia sendiri faham dan berhenti menyusu. Sebelum ini pun, Zarin hanya menyusu ketika waktu malam (sebelum tidur).




Walaupun telah berhenti menyusu, kadang-kadang ketagihannya tetap ada.

"Sikit je mama. Nak pegang je. Nak cium je," Itulah ayat-ayat comelnya.




Memandangkan sekarang Zarin hanya minum susu menggunakan cawan, jadi semasa minum susu tu memang saya kena suap, peluk dia, dan tidur atas lengan tu wajib. Hihihihihihihihi.

Sekarang pun Zarin dah dibiasakan tidur sendiri dibiliknya. Belajar berdikari ya sayang. :)

18 comments:

  1. dah besarkan.. hauslah minum dalam cawan.. anak saya sampai sekarang masih kat botol, ssh nak pujuk bg kat cawan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masya, mula2 susah juga, tapi alhamdulilah, slow2 lama-lama dia dah boleh faham. :)

      Delete
  2. Salam ida,
    dah besor ye....sy bf anak smpi cukup2 2 thun jer...pas tu susu mmg x de..kering...buat mcm2 cara..mmg x de dah...nie 3 thun kira lama gak tu...
    anak sy pun cmtu....wlupun dah benti...tp suka nak lekat n cium2 lgi...mcm nak...tp bila buat2 bagi...dia lari...hehe....kenkadang sy pun teringin nak bf baby....tp x de...! hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. alhamdulilah susu masih ada ni. tapi bila dah besar sgt ni mmg kena stopkan juga la. Betul2, rindu nak Bf baby lagi juga, insyaallah..coming soon :)

      Delete
  3. gambar last tu Zarin nampak macam budak besar! and hensem ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq2.. Selalu nak pakai baju dan seluar yang ada gaya! hahahahaha

      Delete
  4. Btl tu hanye yg bf bb tahu perasaan brrcerai susu,sedih skali tp la ni ble da steady die kacau2 pun rase xselesa dah .hehe

    ReplyDelete
  5. Btl tu hanye yg bf bb tahu perasaan brrcerai susu,sedih skali tp la ni ble da steady die kacau2 pun rase xselesa dah .hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. skang ni dah rasa geli pulak kalau duk nak main. Tapi serius rindukan saat tu :(

      Delete
  6. Replies
    1. hihihihih, sgt susah nak buang 'habit' ni

      Delete
  7. alhamdulillah, dah besar zarin...mcm wafiy jugak, berhenti dgn sendiri, tp ada la masa2nya 'rindu' ...sekadar letak kat mulut...atau pun minta mau kiss 'pek' ihkhihk

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah kak, akhirnya dia faham sendiri. Tapi tgk telatah dia tu lucu+kesian pun ada

      Delete
  8. mak saya dulu ckp, dia paling sedih pisah susu dgn saya, mmg menangis2 sbb beza dgn adik setahun. kebetulan saya pulak taknak makan benda lain. nak susu ibu je...

    p/s-zarin hensem :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo, takpe, anak susu ibu ni katanya lebih manja, ye dak? hihihihihihihi... kalau gap dekat mmg gitula jadi selalunya

      Delete
  9. saya masih dalam proses nak cerai susu sbb hakim dan 2 tahun 3 bln.
    biase nyer hakim menyusu mlm masa nak tido ataupun tgh tido :)
    tapi dia dah bole terima kalau saya cakap 'malu la, hakim dah besar kan..'
    walaupun kdg2 dia nak jugak..hihi

    Paling tak tahan kalau dia mintak 'nek' masa dalam keta atau dlm perjalanan ke mane2.
    Kalau kat luar, gi nyusukan dia kat baby's room tu ade je mata2 yg pandang mcm 'dah besa gitu nyusu badan lagi???'..hhmm..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...