Wednesday, July 25, 2012

Budu vs Cencaluk

Setiap hari buntu memikirkan menu berbuka. Ramadan keempat saya sempat juga memasak walaupun dah sampai rumah pukul 6. Ada masa lebih kurang 1 jam 30 minit sebelum berbuka. Jadi menunya juga sudah semestinya simple, cepat dan mudah serta lazat, itu sudah tentu. 


Gambar di atas iaitu budu dan cencaluk dihidangkan sebagai pembuka selera. Serius saya peminat budu. Jadi kalau ada memang lagi sedaplah. Memalam ada dua jenis sebab mr. papa nak makan cencaluk, saya nak makan budu, jadi wajib hidangkan keduanya, kalau tak tak pasal-pasal lawan tarik rambut nanti :P


Dan ini kuih yang dibeli di bazar ramadan. Oh ya, jangan tertanya-tanya kenapa banyaknya kuih kali ini. Semuanya dibeli oleh adik-adik ipar saya. Insyaallah, sepanjang ramadan, mereka akan berpuasa di rumah kami. Jadi bila ahli keluarga bertambah kuihnya pun mestilah juga bertambahkan? selera ramai. hihihihihi


Ini pula merupakan menu utama kami semalam iaitu gulai terung. Serius saya teringin nak makan sangat-sangat, terus hubungi chef di kampung bertanya resepi, dan alhamdulilah terhasillah gulai terung yang rasanya seperti yang saya impikan. Memang maveles. Lauk utama ini saya padankan dengan ayam goreng dan juga ikan pekasam beserta budu dan cencaluk dan tidak lupa timun cina. Serius bertambah saya makan nasi semalam. kihkihkihkhihkih Resepi boleh di lihat di SINI


Setiap kali masak, memang tidak larilah daripada termasin, tertawar dan secukup rasa. Almaklumlah bulan puasa. Tapi bila kita gabungkan kesemua lauk yang termasin, tertawar dan secukup rasa itu, hasilnya memang tidak mendukacitakan. Sesedap rasa kata orang. muahahahahaha

Alhamdulilah, sudah empat hari kita berpuasa, saya selalu ingatkan Mr. papa dan adik-adik ipar saya supaya jangan membazir ketika berkunjung ke bazar ramadan. Saya bukanlah peminat kuih, sekali sekala saja teringin, baru cari. Kalau kuih-muih yang mudah saya akan cuba untuk buat sendiri. Untuk hari ini, masih lagi buntu.

Bila bertanya menu berbuka kepada penghuni di rumah burung saya tu, jawapannya

"Masaklah apapun kak ida, kami makan je"

Aduiii, tak membantulah korang ni. Nanti goreng telur tuang kicap baru tau! ^_^

2 comments:

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...