Monday, July 2, 2012

Dave's Deli ------> Nyum-nyum

Rasanya sudah lama tidak keluar jalan-jalan ukur Mall. Semenjak kesihatan tak berapa baik ni, Zarin kalau dapat ke kedai runcit dan TESCO pun dah happy sangat-sangat. Kesian dia. Semalam saya pun terasa sedikit sihat, jadi bawalah Zarin ke One Utama. Sebelum tu, singgah di The Curve ambil baju yang alter (dah 2 minggu siap, tapi tak ambil-ambil), Alang-alang dah sampai, Zarin pun dapatlah mainan power ranger. Robot boleh bertukar jadi kereta toyota prius. Oklah tu, harap kat OU nanti tak delah nak beli mainan segala bagai.

Sampai di OU, perut dah memang lapar sangat-sangat (mama selalu lapar ok!). Sebelum tu, kami sewa dulu kiddy car untuk Zarin. Senang nak handle. Stroller dia tak nak naik pula semalam.

Sepantas kilat terus ke Dave's Deli. Dave's Deli? Siapa pernah makan kat sini? Ini merupakan kali pertama saya makan di sini semenjak selera penjajah menakluk diri. hihihihihihhi... Dave's deli ni direkemenkan oleh Mr. papa yang tersangat peka terhadap selera mama ni.

Jom lihat apa yang kami order


Masyaallah. Sedap yang amat lasagna ni! Serius sedap dengan limpahan sos tu. Memang di syorkan.



Saya pula order roast chicken ni. Ya, memang sedap juga. Memang kalah kenny roger's. Saya cuma order 1/4. Boleh juga minta 1/2 ekor, 3/4 ekor atau terus seekor. Dihidangkan bersama mashed potato dan coleslow. Sedap, i tell you! Sos pun melimpah ruah. Argggh, terasa-rasa lagi ditekak ni kesedapannya.



Dan untuk si manja saya tentulah foot long sausage. Pun sedap juga. Memang banyaklah yang dia makan.



Tengoklah si manja saya ni, makan pun duduk dalam kiddy car jugak. hadoiiiii!!!! Tak kisahlah, janji dia duduk diamkan?

Secara keseluruhan makanan di sini memang menepati selera kami. Harga sangat berpatutan, Yang kami order ini harganya antara RM14.90-RM18.90 sahaja. Dan pasti akan datang lagi, dan lagi dan lagi. Paling suka sebab tak ada segala jenis tax, cuma kita terpaksa layan diri, order di kaunter dan bawa sendiri makanan ke meja :)

Jika berminat boleh layari Davedeli.com. Macam-macam menu ada, selamat mencuba :)

Pssst: Ni pun tengah whatsapp mr. papa ajak makan kat sini lunch hour nanti. Tapi jawapannya, tengok dulu kalau tak bz. sob-sob.

15 comments:

  1. Replies
    1. Cheqna kalau dtg Kl lagi boleh singgah. memmang puas hati

      Delete
  2. adoiiiii nak kene cuba la jawab nyer nih!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba jgn tak cuba. mu kan suka JJCM? masukkan dalam list cepat! hihihihi

      Delete
  3. sangat mengujakan..ini boleh menjejaskan diet macam nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihihihihi...sekali sekala ok, tapi dengan selera saya sekarang kalau boleh hari-hari nak. :P

      Delete
  4. salam kenal.Sedapnya sampai dah terliur dah nih..hehehe..;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga. Memang kena dengan selera saya dan paling penting harga berpatutan dan tak ada segalam mak nenek tax!

      Delete
  5. klu singgah sini tgk makanan mesti terliur sgt2 dgn gamabr dan kata2 dari k.ida..ehehe..sbb tu saya suka cuba resepi dr k.ida sbb dah pasti sedap dengan komen2 yang perghhh...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yana, eheheheh..orang kuat makan memang asyik duk tunjuk gambar makan je la. Agak-agak boleh jadi host JJCM tak ganti Iqram Dinzly tu? kihkihkihkihkhih

      oh, tq sebabb cuba resepi di dapur kecah kak ida tyu. ahahahaha, resepi hentam keromo ja tu.

      Delete
  6. Best tu.. Terliur tengok..hehe.. Kena try la pasni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Hanim, jom try, insyaallah pasti puas hati :)

      Delete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...