Monday, July 23, 2012

Diari Ramadan Idazs

Alhamdulilah, hari ini telah masuk tiga ramadan, harap saya masih diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadah puasa, insyaallah.

Bercerita tentang ramadan, memang tidak dapat lari dari memikirkan menu apa yang ingin dihidangkan semasa berbuka. Dan ini pula diari ramadan idazs, bukan diari ramadan rafiq tau! ^_^

Hari pertama puasa, saya agak 'melepek' menjelang pukul 1 tengahari lutut dah menggigil. Sudahnya asyik baring dan baring saja. Mungkin juga semasa sahur saya hanya menikmati 2 keping biskut bersama horlick dan kurma. Sudahnya menu 1 ramadan, saya meminta suami tapaukan nasi arab di Saba. Sebab memang tak berdaya nak buat apa-apa. Jadi untuk mengelakkan saya 'melepek' lagi hari berikutnya, makan sahur mestilah makan makanan yang berat dan dalam kuantiti yang agak banyak.

2 Ramadan pula, alhamdulilah saya diberi kesihatan yang baik. Cuma pening dan sakit kepala pada pukul 3 petang akibat terhidu bawang putih semasa kupas bawang. sob-sob! Jadi saya pun baring kejap.


Bila dah rasa ok, kembali ke dapur. Menu saya semalam ialah kari udang, ikan cencaru sumbat bakar, air asam dan kangkung goreng belacan. Manakala untuk kuih muih pula, saya sediakan agar-agar santan, Memang fevret saya dan keluarga ni dan juga sardin roll. Semalam semuanya homemade. Memang puas hati makan. Tembikai dan kurma pula sudah semestinya beli, takkan saya nak buat sendiri tembikaikan? hahahahahahah.

Cuma pelik selera bulan puasa ni, nak makan tembikai ulam nasi setiap hari (memang orang terengganu suka makan nasi dengan timun cina). So saya dah tugaskan Mr. papa supaya pastikan bekalan tembikai saya tidak putus sepanjang ramadan ni. kihkihkih.

Air pula saya hanya minum air suam. Memang perubahan yang sangat baik Ramadan kali ini. Tiada air color-color dan pelbagai perisa. Kesihatan perlu dijaga :)

Zarin pula bila saya tanya dia, tahu tak puasa tu apa? Dia membalas

"Puasa tu tak boleh makan, tak boleh minum. Malam dah gelap boleh raya!" ^_^

Menu hari ini masih lagi buntu. think! think! think!

Apa menu kawan-kawan hari ini?

5 comments:

  1. wina nie makin lama, makin kurang selera nak berbuka & tak leh makan banyak², sekejap je sendat perut ehehehehe

    sahur pun kalau dapat roti & cicah dengan milo dah cukup!

    ReplyDelete
  2. rasanya hari ni nak mkn ikan masak stim je.
    perut sakit sebab mkn makanan pedas xhilang2x lagi.so 4 dis week makanan pedas dicatu..hehe

    ReplyDelete
  3. mak oii.....terus rasa hurmmmmmm....

    ReplyDelete
  4. seleranye tengok lauk pauk tu!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...