Friday, July 6, 2012

Pemanggang ikan ajaib

Kali ini ada beli gajet dapur baru sebagai persediaan untuk menyambut ramadan tidak lama lagi. Salah satu cara nak amalkan pemakanan yang sihat di bulan ramadan. Insyaallah. Gajet tersebut ialah pemanggang Ikan Ajaib? Ajaib ke? Ajaib ke? Camne yang ajaib tu???

Buat masa ni saya tidak lagi dapat menjawabnya, sebab masih belum guna untuk grill-grill ni. Cuma pernah grill daging burger sahaja ^_^

Tapi berdasarkan bacaan, memang peamnggang ini bagus. Boleh masak macam-macam juga, seperti stim, dan ada juga yang cakap boleh buat kek dengan menggunakannya. Apepun esok saya akan mencuba untuk membuat ayam percik dan juga kerang bakar. Doakan kesihatan saya baik ya, Insyaallah.

Psst: Harap-harap pemanggang ini setandinglah seperti cara kita bakar atas arang, bukan apa kalau nak bakar guna arang di rumah burung seperti rumah saya tu, surelah bomba datang berlumba-lumba, kehkehkehkehkeh!

* pic from google

10 comments:

  1. salam idazs,
    sy ada 1 mcm nie...tp bukan jenama nie la...cuma fungsinya sama....:)

    dah mcm2 sy buat....masa x de oven dulu...sy guna nie la buat kek dan biskut....alhamdulillah menjadi...masak pun cepat....

    tp bila guna utk mengoreng ~ pernah try goreng nuget...hasilnya x sedap la mcm goreng pkai mnyk tu....x rangup sngt jadinya...

    tp mmg bestla pakai nie....serba boleh...:)
    cuma kukus jer x penah buat.....

    ReplyDelete
  2. salam Asyifa, oh yeke?

    yesss, dah ada orang bagi testi. Ni yang sangat-sangat teruja nak mencuba ni. tq ya. sangat berguna sebagai panduan nanti

    ReplyDelete
  3. cuba jgn tak cuba pas tu sharing kat sini ye ;-)

    ReplyDelete
  4. mmg nama dia pemanggang ikan ajaib ke?say ni jakun sikit..hehe..

    ReplyDelete
  5. Saya pun dah beli. Betul cakap ASyifa tu. Kalau bab goreng nuget jadi tak best. Maybe nugget tu memang kena goreng pakai minyak kot.

    ReplyDelete
  6. pemanggang ni mmg express kak...nak wat kek pon boleh..tp tak pnah try lagi..nengok orang wat je

    ReplyDelete
  7. klu bakar ayam, lembut je ayam..mmg best sgt pemanggang ni. perlu ada setiap rumah kot :)

    ReplyDelete
  8. review la yang...beli kat mana dan berapa rega eh..

    ReplyDelete
  9. SALAM. saya ada jual pemanggang ajaib ni..cod putrajaya .012 2824447

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...