Thursday, July 19, 2012

Teringin nak jadi baby

Budak kecik sorang nikan memang macam-macam. Ada saja benda yang dia nak buat. Kalau boleh semua almari nak dipunggahnya. Bila di tanya dia jawab:

"Mama, janganlah marah Zarin. Zarin cari barang Zarinlah." Sabar je la.

Baru-baru ketika dia menyelongkar tetiba dia duk senyap je. Haaa, budak ni kalau tadi kepoh tetiba senyap memang ada 'kerja' la yang dia tengah buat tu. Rupanya dia sedang syok duk hisap puting ni!

 

hahahaahahahha, bila saya bertanya lagi dia cakap

"Mama, Zarin jadi baby ni!"

Aduiiiii, sakit perut gelak. Camtulah bila kecik tak merasa hisap puting, bila dah besar terjumpa terus hisap. Saya pun tak pasti puting siapa yang tertinggal kat rumah. Seingat saya memang tak pernah beli pacifier ni. Adalah kot yang sepupu-sepupu dia tu. hihihihhihiih


Kemudian, dia cakap lagi

"Mama, ambik gamba Zarin nak sleep macam baby ni"

Layankan saja gambar budak besar teringin nak jadi baby pura-pura tidur sambil hisap puting. hehehehehehehe

3 comments:

  1. budak-budak baya ni memang sangat sweet..bijak =))

    ReplyDelete
  2. anak2...apa jer dia buat memang menunjukkan dia bijak...kadang2 tingkah dia diluar our expectation..
    sweet sgt2

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...