Thursday, July 26, 2012

Tersentuh hati seorang ibu!

Semalam ketika mengambil Zarin dari nursery, luka-luka (kulit menjadi merah dan macam melecur) di mukanya semakin banyak. Saya mula susah hati. Sebab tatau punca, kasihan melihatnya. Sesampai di rumah mood untuk masak langsung tidak ada. Saya hanya masakkan sambal sotong dan memasak nasi. Sayur dan ikan saya meminta adik ipar tolong masakkan. Serius mood saya ke laut.

Lalu saya rehatkan diri di bilik. Secara tak langsung fikiran terus terfikirkan Zarin. Dengan tak di sangka air mata saya mengalir laju. Sedang saya bersedih itu, tetiba Zarin muncul.

Zarin: Mama, janganlah nangis. Pipi Zarin ok. Zarin tak sakit pun.

Mama: (Kelu seribu bahasa, yang nyata air mata makin laju. Lantas saya terus peluknya) Mama risaukan Zarin.

Zarin: Mama janganlah nangis. Zarin tak sukalah macam ni. (Katanya sambil berpeluk tubuh tanda merajuk.)

Mama: Ok, ok. Mama tak nangis dah. Tapi Zarin jangan garu-garu.

Zarin: Zarin tak garu pun. Mama jangan nangis lagi. Zarin, papa, baby kan ada.

Serius, hati saya sangat tersentuh dengan kata-kata Zarin ketika memujuk mama. Ketika menaip ni pun tak dapat elak dari menitiskan air mata. Sob-sob.

Selepas berbuka, sekali lagi saya ke klinik. Alhamdulilah, menurut doctor luka-luka tersebut hanya infection. Tiada yang serius. Ubat yang kami ambil dari klinik lain sebelum ini bagus, tapi terlalu kuat untuk Zarin. Tambahan pula, saya sapukan agak banyak (doctor sebelum ini tidak nyatakan cara penggunaan yang betul). Sebab itu luka tersebut tidak kering-kering dan terlihat seperti melecur. Doktor tersebut memberikan ubat sapuan yang baru dan antibiotic. Insyaallah akan sembuh dan kami perlu ke sana lagi pada hari Ahad ini untuk pemeriksaan susulan.

Alhamdulilah, pagi ini, kesan luka semakin berkurang dan kering. Harap Zarin kembali pulih seperti sedia kala, amin

Serius, hati seorang ibu, perasaan risau itu sentiasa menguasai diri dan membelenggu emosi.

12 comments:

  1. huhuuu..peralihan nak dpt anak ke-2 mmg mcm ni la ida..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke peralihan beb?? tp bab risau mmg x boleh buat apa dah. huhuhuhu

      Delete
  2. nama pun ibu..cacat cela kat anak walau kecik confirm risau kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg betul tu. pantang anak luka sikit dah cuak. hihihi

      Delete
  3. Nice blog :)
    salam kenal ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

    ReplyDelete
  4. samalah kita..sbg ibu mesti rasa tersentak apa2 berlaku kat anak kita. anak gigit nyamuk pun risau kemain

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. setuju sgt. cuma saya ni cepat panik. hadoiiiii

      Delete
  5. salam perkenalan..
    pandai zarin pujuk mama nye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga. dah besar dan pandai cakap memang pandai la pujuk. tu belum masuk bab nak pujuk suh beli eskem :) phewwwww!

      Delete
  6. jgn sedih2... tak baik tuk baby... hehehe...hope zarin pun dah ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dwaty. alhamdulilah dah ok dah sekarang. cuma parut masih ada. gigih mama sapu bio oil :p

      Delete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...