Wednesday, August 8, 2012

Pahala memasak di bulan Ramadan

Bulan Ramadan bulan keberkatan, melipatgandakan amalan dan pahala. Ya, itulah yang selalu Mr. Papa ucapkan kepada saya setiap kali saya mengadu,

"Letihlah hari ini, tak nak masak!" 
"Penatla masak. Kadang-kadang saya pun nak rehat juga!" 

Hihihihi, bila letih memang macam-macam sungutan yang keluar. Lebih-lebih lagi kita yang bekerja. Sampai rumah berkejar-kejar nak masak, dengan anak lagi. Bila beli lauk di kedai macam-macam pulak rungutan yang keluar.

 "Tak sedaplah."
 "Tawar, Tak cukup rasa".
 "Saya masak lagi sedap!"
 "Mahal, tak berbaloi beli" 

Haisssh, manusia-manusia. Sentiasa tak bersyukur. Walaupun begitu saya sebolehnya mencuba sedaya upaya memasak untuk keluarga kecil kami. Mr. papa juga lebih suka saya yang masakkan. katanya;

 "lauk simple pun tak apa, asalkan mama yang masak. Lebih suka makan air tangan isteri, dapat eratkan kasih sayang" 

Oleh sebab itu, saya hanya akan masak menu yang special ketika hari minggu. Contohnya Nasi daging seperti dalam gambar di bawah :) Alhamdulilah, sehingga hari ini kami tak pernah lagi berbuka puasa di luar. Entah kenapa tahun ini, langsung tak ada keinginan itu. Lebih selesa makan di rumah.

   

Jika berminat, sila klik, Nasi Daging, Kurma Daging dan Air Asam Kerisik untuk dapatkan resepi

 Dan sekarang saya memang langsung tak bersungut bila Mr. Papa berkata lagi; 

"Sebenarnya mama masak dapat banyak sangat pahala. Bukan sahaja pahala dari mama berpuasa, malah semua orang dalam rumah ni yang makan masakan mama, mama dapat pahala dari mereka.Yang penting ikhlas. Besar pahalanya menyediakan juadah untuk orang berbuka puasa ni. Lagi satu, bila kami pergi terawih, mama yang duduk kat rumah jaga anak pun dapat pahala juga."

Tambahnya lagi, 

 "Jangan lupa, bukan Datuk Lee Chong Wei saja yang nak 'gold medal' kat olimpik, kita pun perlu juga dapatkan dan kejar 'Gold Medal" untuk diri sendiri" 

 Haaaaa, terus terkelu jadinya. Memang penuh makna kata-kata tersebut! Terus termalu pada diri sendiri ^_^

4 comments:

  1. sentap mak nok!hehehehe..okey serius dah lame tak masak ni.....tersentap okey!

    ReplyDelete
  2. Hahahahah, babe jangan sentap. ni kata cik suami aku bila aku asyik bersungut kalau letih masak. takde kaitan dengan org lainla. hahhahahaha..ikut kese;esaan masing-masing

    ReplyDelete
  3. sedap yeee skrg ni tgk apa pon sedap

    ReplyDelete
  4. untungnya jadi isteri kan? buat semua benda asalkan ikhlas mesti dapat pahala. :-)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...