Wednesday, September 26, 2012

Baru nak tempek gambar raya!

Syawal sudah pun melabuhkan tirainya, namun saya baru nak menyelak langsir bercerita dan menempek gambar raya! hahahahahahaahaha.... 

 Sebenarnya raya tahun ini cukuplah sederhana. Baju main tangkap muat, nasiblah color hampir-hampir sama. Bila saya tatau nak beli baju macam mana dan tak beria, Mr. papa pun turutlah tak beria. Mama tak melaram, Mr. papa pun tak nak melaram juga. Cuma untuk Zarin memang beria jugalah sikit. Budak-budak, memang semuanya baru.

Kami bertiga, eh berempat

Abang Zarin yang agak moody sebab nak main panas mama tak bagi


 Hari raya tahun ini kesihatan saya tidak menentu. Lebih-lebih lagi dalam keadaan mabuk-mabuk ditambah pula dengan sakit pinggang di pagi raya, memang saya tak bersemangat langsung nak beraya. Kalau boleh nak baring dan tidur sahaja! Kamera langsung tak pegang. Bila lepas raya baru teringat yang kami adik beradik langsung tak ambil gambar bersama. Sob-sob. 

Gambar kami ala-ala pengantin baru seperti tahun-tahun sebelumnya pun tak ada tahun ni. Sob-sob lagi!

4 comments:

  1. Alahai...
    takpelah tak bergambar pun yang penting kesihatan =)

    ReplyDelete
  2. Bila dah mabuk-mabuk memang tak fikir apa ida. Dalam kepala nak baring dan rehat. Moga bertambah baiklah. Biasa mabuk ni masuk 4-5 bulan oklah..

    ReplyDelete
  3. mabuk mabuk pun ade gmbr kire orait la tuuuuu :)

    ReplyDelete
  4. Cantikk and sweet..hehe.tahun depan berempat ye

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...