Thursday, September 27, 2012

Gelagat Abang Zarin beraya!

Melihat kegembiraan anak-anak menyambut hari raya terasa sungguh bahagia. Lebih-lebih lagi jika dia sudah memahami apa itu hari raya. Awal pagi dah bangun dan siap nak pakai baju melayu lengkap bersongkok dan bersampin! Jangan lupa perfume, nak wangi-wangi baru hensem katanya. Aduiii, anak teruna sorang ni, asyik nak hensem saja! Layankan tiga keping gambar zarin semasa di hari raya.

Abang Zarin dengan kuih raya kegemarannya, tart blueberry

Bercerita pasal kuih raya, tak sangka pula zarin suka tart blueberry ni. Nasib baiklah sebelum balik KL, masih ada orang yang jual kuih ni. Jadi mama pun boronglah untuk dia. Kalau dah suka, berhabis pun sanggupkan??? Rasanya dalam sebekas dua hari licin. Siap bawak masuk bilik dan letak atas katil lagi. hihihihihi...


 Laku sungguh anak teruna ai, siap dikejar oleh anak dara lagi..kehkehkeh

lima hinggit je??? dah rupa hang jebat pulak zarin ni

Cuma yang tak berapa best bila part dapat duit raya. Budak-budakkan, dapat terus buka depan-depan orang yang bagi tu. Lantas mulutnya berkata 

 "Satu je??? Alah, Zarin nak banyak!"

 "Zarin nak warna red!"

 "Nape orang bagi satu je mama? Zarin taknak la macam ni!"

 Hadoiiii, serius rasa malu sangat dengan situasi begini. Rasa nak copek je mulut budak kecik ni! Tapi kalau mood dia ok langsung dia tak endah pun pasal duit raya, dapat terus bagi mama.Yang dia tahu main dan terus main bila jumpa kawan-kawan yang sebaya dengannya.

2 comments:

  1. hensemnya Zarin *phewittt!*

    eh, tang duit raya tu Kira pun sama hurmmmmm

    ReplyDelete
  2. hehe..lau anak saya..dia nak duit merah,dia cakap"nak duit cantik" maluu jadinye..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...