Monday, September 24, 2012

Ida ikan bakar petai

Jumaat yang lepas, keluarga saya dari Kedah datang. Memang best! Paling seronok Zarinlah, sebab ada kawan untuk dibuli. Eh bukan buli, tapi bermain. hehehehehehe.. Setiap kali mereka datang sudah pasti kami akan ke Ana ikan Bakar Petai yang terletak di Bangi.

Namun kali ini, anak buah saya Umar tidak sihat, pakej 3 in 1 (batuk, selsema, demam) Tapi tak adalah kuat sangat, dedar-dedar saja. Cuma risau yang terlebih kami tidak jadi ke Ana Ikan bakar Petai. Sudahnya hanya menikmati makan malam di rumah saya dengan hidangan Ida ikan bakar petai. kehkehkeh!


   

 Inilah yang sempat saya masak, menu simple-simple sahaja. Sila abaikan tangan si tukang masak aka mak yong yang tak sabar-sabar nak makan disebabkan kelaparan! ^_^

 


Seperti biasa, setiap kali berkunjung, Domino's pizza tidak pernah dilupa. Walaupun di Alor Setar dah buka Domino's, tapi tak boleh lawan Domino's kat rumah saya kot! Kalau datang pasti nak makan. Menu wajib ok!

 


Dan lagi satu, satay station! Yang ni pun wajib juga. Nasib baiklah semuanya berdekatan dengan rumah. Kalau tak jenuh juga. Sebenarnya kedatangan mereka kali ini adalah untuk menghadiri majlis pernikahan sepupu saya pada 22hb (Sabtu). Jika tidak mereka datang pada musim-musim cuti sekolah. Boleh lama sikit menginap di Hotel Lima Bintang rumah saya. Boleh jalan-jalan cari makan :)

 

Sebelum datang, Ummi saya telah beberapa kali berpesan supaya membuat kuih kegemarannya iaitu tart bunga, jika saya larat. Tapi maklum sajalah, sekejap larat sekejap tak larat, sudahnya beberapa kali butter tu keluar masuk peti ais, tapi tak terbuat jugak. Akhirnya malam itu sampai pukul 2 pagi saya dan ummi membuat kuih tart ni. hikhikhikhik. Bertuah sungguh anak ummi ni kan? :P


3 comments:

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...