Wednesday, October 10, 2012

Daddy Day Care

Saya jarang sekali bekerja di hujung minggu. Kalau adapun setahun sekali. Malau Mr. Papa memang dalam sebulan, dua minggu kena kerja Sabtu-Ahad. Jadi Zarin telah biasa jika papanya bekerja di hujung minggu. paling-paling pun kalau dia boring dia akan call papanya dan tanya

"Banyak sangat ke work papa tu?"
"Kenapa papa work lama sangat?"

 Jadi hujung minggu yang lalu saya ditugaskan untuk menghadiri bengkel di Hotel Grand Continental Kuala Lumpur, merangkap urus setia. Tugas untuk menjaga Zarin saya berikan kepada Mr. Papa.

Syukur alhamdulillah, saya memang percaya 100% kat Mr. Papa bab-bab jaga budak ni. Dia memang cekap. Kalau baby tu, dia lebih cekap dari saya. Ehehehehehehehe.. Memandangkan Zarin dah besar, jadi tak adalah saya risau sangat. Kalau Mr. papa yang jaga Zarin memang seronoklah Zarin. bawa jalan-jalan ke mall, pergi playground dan macam-macam lagi. 

Dan inilah salah satu aktiviti Zarin bersama papanya. Saya keluar pagi, lebih kurang pukul 8, pukul 11 malam baru balik.


Mana Kawan Zarin ni?
     

Yea... kawan Zarin dah sampai!

kawan, jangan naik camtu!

Sampai sudah tatau "kawan" nama apa!

Tapi seorang ibukan, sekejap-kejap tanya "Zarin ok tak? Zarin ok tak?". Mr. papa pun dah jemu tengok soalan yang sama. eheheheheheehhe... 

Bila saya tanya Zarin: 

 "Zarin nangis tak duduk ngan papa?" 

Dia membalas 

"Zarin nangis kejap je, tengok mama tak ada. Zarin rindu mama!" 

Tapi bila tanya Mr. papa, jawapan berbeza pula.

"Zarin ok je, tak nangis langsung, seronok je dia main. Tak tanya pun pasal mama! ^_^ 

Tatau nak percaya yang mana. Mungkin kata-kata papa betul. Kalau tanya Zarin depan-depan memang gitula sokmo jawapannya. hikhikhik Mr. papa juga berkata 

"Nanti dalam pantang, bolehlah Zarin duduk dengan papa kat sini. Mama pantang kat kampung boleh rileks sikit. kotlah nanti dia merap ke apa."

 Jawapan saya:

 oh, Noooo!...Noooo!..Nooooooooo! 

Sungguhpun Zarin ok, tapi saya tersangatlah  tak ok! Tak boleh nak bayangkan jika Zarin takde depan mata. Sebab tak pernah lagi tidur malam tanpa Zarin. 

Noooo! Noooo! Noooo!! Mr. Papa cukup gelak kalau saya jawab gitu. Mama yang terlebih!

 psst: ok tak header baru saya??? saja tukar mood, nak yang simple-simple je :)

14 comments:

  1. mcm tu lah ibu, kejap2 cal, heheh..

    (header baru macam 'misteri'..heheheh)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak diey. tu yg papa dia agak 'boring' tu

      misteri??? kihkihkih

      misteri nusantara

      Delete
  2. yup....tak pernah lagi tido mlm tanpa mereka...tak sanggup walaupun diberi hotel vistana...no no...hehehe...

    header...okey :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana boleh tinggal dua bantal peluk tu. heheheheehehe

      Delete
  3. hati ibu mmg mcm tu kan.. klu anak takde dpn mata aja hati nintak tenteram kan.. hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Lia, selalu tak harap kalau kita tak ada sekali

      Delete
  4. hahahahaha..memang x sanggup kan??
    header baru ok...simple

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..nooo..noo..nooooo!

      hihihihihihih..cepat loading sikit

      Delete
  5. dah nama pun ibu kan?? xsanggup wooo berjauhan lama² dengan anak

    header baru cantik n simple macam tuan belog :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. tak sanggup sama sekali...sobsob

      tq wina, hihihiih

      Delete
  6. Salam singgah dan follow (^___^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq, singgah n follow sini. nanti saya follow balik ya :)

      Delete
  7. Replies
    1. tq alin marlini. nak yg cepat loading

      Delete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...