Monday, October 22, 2012

Dumex Dumil Mama

Umum mengetahui pengambilan susu sangat penting sepanjang tempoh kehamilan. Mengandung kali ini saya agak sukar minum susu tepung, Kalau dulu saya minum Anmum, kali ini tak tertelan. Yang saya suka adalah fresh milk. Mula-mula ingat macam 

"oh, tak apelah tak minum susu tepung pun, dah minum fresh milk, pil kalsium pun dah makan juga. Kadang-kadang beli susu high calcium".

Tapi lain pula ceritanya bila sembang-sembang dengan nurse masa check up. Katanya

 "Seeloknya, puan minumlah juga susu tepung,kandungannya tak sama dengan fresh milk. Kan ada macam-macam perasa. Cubalah slow-slow. Pengambilan susu tepung pun penting, lagi banyak khasiat." 

 Jadi, saya pun gagahkan diri juga try macam-macam susu. Akhirnya yang menjadi pilihan adalah Dumex Dumil Mama ni. Antara kebaikannya (sumber)

Dumex Dumil® Mama baru dengan Komplete Nutri™ Komplete Nutri™ Untuk Ibu Mengandung dan Menyusu Dumex Dumil® Mama baru dengan Komplete Nutri™ dirumus khas untuk ibu-ibu mengandung dan menyusu. Ia mengandungi serat pemakanan lcFOS (Frukto-oligosakarida rantaian panjang) yang membantu mengekalkan sistem penghadaman yang baik. Ia diperkayakan dengan nutrien-nutrien seperti:

Serat makanan lcFOS (Frukto-oligosakarida rantaian panjang). Serat makanan membantu mengekalkan sistem penghadaman yang baik. 
Kalsium membantu membina tulang dan gigi yang kuat
Zat besi penting untuk membantu pembentukan sel darah merah
Asid Folik penting untuk membantu pertumbuhan janin 
Kalsium membantu membina tulang dan gigi yang kuat
DHA merupakan komponen penting dalam sel otak 
Vitamin C yang optimum dalam membantu penyerapan zat besi.

Paling best, boleh diteruskan semasa menyusukan baby nanti :)

fresh milk, dumil mama, jus oren :)

Selain itu, nurse juga membetulkan cara saya mengambil obimin. Sebelum ini,saya makan obimin waktu pagi, tak kisahlah selepas makan ke sebelum makan. Main belasah je, kalau ingat awal makan awal, kalau lambat, lambatlah makannya. hihihi..

Kata nurse lagi,

Obimin seeloknya di makan 2 jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan. Seeloknya dimakan bersama jus oren. Kadar resapannya lebih berkesan. Kalau tak ada jus oren boleh juga minum bersama air masak.

Jadi saya minum Minute Maid Pulpy ni, jenama lain terasa manis pula, terpaksa campurkan dengan air masak. Kalau Minute Maid Pulpy ni, manisnya just nice orang putih kata! (^_^) . Jangan lupa minum banyak air masak juga

Kawan-kawan seangkatan minum susu apa?

5 comments:

  1. Saya pun baru kena tegur dengan nurse pasal makan vitamin dari KK. Memang katanya kena makan 2jam sebelum @ selepas makan. Ingatkan lepas makan immediately terus makan vitamin..hehehe

    ReplyDelete
  2. ooo..baru tau jugakkk kalo dulu pun belasah jek...

    ReplyDelete
  3. Huhuhu..aida pon main hentam je bila makan Obimin..Thanks Ida for the info..kena perbetulkan lagi ni..hihihi..Aida pon tak suka minum susu tepung...tapi paksa jugak sbb gusi asik berdarah je ..huhuhu...skrg ni minum susu Anmum..1st pregnancy hari tu minum Dutch Lady pny brand..pon ok je..Tapi susu tepung mmg rasa dia sama je..Tak sedap..hihihi

    ReplyDelete
  4. ermm...yg dumex mumil mama bkn dah ade perisa oren ke..?
    susah la ye kalau kita loya kt susu2 ni...
    thanks for sharing kak... ^_^

    ReplyDelete
  5. Jya Izelle, oh, ada perisa oren ek? akak pun tak sure la dik.. dh lama tak tgk susu ni..bila dh bersalin mmg tak tgkla..

    ohya, akak dulu lebih byk minum fresh milk juga. mmg kurang sikit susu tepung ni, tapi nak tak nak telan jugak.. huhuhu..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...