Wednesday, October 31, 2012

Genap 30 tahun!

Genap 30 tahun usia saya pada tanggal 29 Oktober 2012. Syukur Alhamdulillah di atas nikmat usia yang telah dipinjamkan oleh Tuhan kepada saya. Sememangnya usia itu tetap akan bertambah tahun demi tahun. Tak perlu rasa takut dan tua. Yang penting ceriakan diri anda. 

tigaaaaaaaaaa!!!!!!

Ulang tahun kelahiran kali ini sangat bermakna kerana kami habiskan masa bersama di Lebuhraya Utara Selatan. Hohohohohohoho. (kes sambung cuti lepas raya haji). Kami bertolak lebih kurang pukul 1030 pagi dan tiba di Kuala Lumpur lebih kurang pukul 1530 petang. Sebaik sampai di KL, terus ke ofis kerana ada urusan yang sangat urgent perlu diselesaikan. Setelah selesai kerja, bagi meraikan usia yang mula memasuki ke alam 3 series ini, Mr. Papa membawa kami makan-makan di Tony Roma's Plaza 1 Mont Kiara, itu yang paling dekat dengan rumah.

Tema halloween di Tony Romas
Zarin kata banyak spiderman kat sini, zarin takut, terus behave masa makan :)

Mr. papa berkata, dia mahu maklumkan kepada pihak restoren hari ini hari jadi saya, so nanti semua orang akan nyanyikan lagu happy birthday! Tapi saya membalas

Jangan buat pasal naaaaa!!!! Tak mau, T-I-T-I-K! 

Dan inilah makanan yang kami order. Serius pada waktu ini kami tersangat lapar, ditambah dengan letih baru sampai dari kampung. Zarin dah berkali-kali mengadu lapar nak makan burger!

Appertizer for kids
cinta hati saya :)
Latte, Mr. papa punya
Abang Zarin yang dah kelaparan
cheese burger Abang Zarin yang punya
shrimp pasta, my fevret! nyum-nyum. udang gemuk dan juicy
Yang ini Mr. papa punya, tatau apa nama dia
Tidak lupa jutaan terima kasih pada kawan-kawan yang sentiasakan mendoakan dan mengirimkan ucapan di Facebook, SMS, whatsapp dan telefon. Doa kalian sangat terkesan di hati saya. Sesungguhnya, tiada apa yang saya harapkan pada usia yang semakin bertambah ini melainkan keredhaan Allah SWT dalam setiap apa yang dilakukan, Insyaallah.

Dan ini, orang yang diraikan, tembun tapi cute! :P

Untuk suami dan anak tercinta, terima kasih kerana sentiasa manjakan saya dengan kasih sayang, sentiasa melayan kerenah saya yang turun naik macam roller coaster dan kadang-kadang macam tornado, sesungguhnya kalianlah cinta hati dan nyawa saya!

14 comments:

  1. sweet! happy birthday sekali lagi babe :)

    ReplyDelete
  2. ok lambat wish..huhu..

    hepi belated besday kak ida. yana doakan k.ida sentiasa diberkati dan berbahagia disamping keluarga tercinta.. :)

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday. Welcome to the 2 series club...hehehe..

    ReplyDelete
  4. selamat jadi 3 series...hehe..:P

    ReplyDelete
  5. heppi birthday besan..semoga dipermudahkan segalanya :)

    ReplyDelete
  6. epy besday yer..moga ceria2 slalu...:)

    ReplyDelete
  7. happy birthday dear
    semoga sentiasa dilindungi Allah =)

    ReplyDelete
  8. happy besday...hehehe... moga murah rezeki, dikurniakan kesihatan dan bahagia selalu..

    ReplyDelete
  9. hepi belated besday mama ida... smga pnjg umur dan murah rezeki... d beri kesihatan yg sejahtera... amin... amin... amin...

    ReplyDelete
  10. happy belated birthday dear.. may god bless you

    ReplyDelete
  11. Happy Belated Birthday Ida..May Allah bless you and ur beloved family!!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...