Tuesday, October 2, 2012

Kejang kaki semasa hamil

Mengapa saya mengalami kekejangan betis pada waktu malam?

Kejang betis adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui. 

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda.

 Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan betis berlaku semasa hamil:

 • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda. 

 • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.

 • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini. Bagaimanakah saya dapat melegakan kesakitan ini? Mujurlah kejang betis adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku:

 • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.

 • Urut otot yang kejang itu.

 • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

 Bagaimanakah saya boleh mengelakkan kekejangan? 

 Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam. Namun begitu, tidak pasti samada mengambil suplemen seperti kalsium atau garam magnesium dapat membantu mengelakkan kekejangan.

 Anda boleh cuba beberapa langkah berikut untuk melihat samada ia berkesan atau tidak:

 • Senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.

 • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.

 • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.

 • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.

 • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur. 

 • Minum banyak air. 

Sumber DI SINI

 Pesanan saya, 

Pastikan suami anda tahu cara dan teknik yang betul untuk urut kaki semasa kejang ni. Bukan apa, bila kita terkena kejang kaki semasa tidur, kita tepuk je dia, automatik dia tahu apa yang nak dilakukan.Terus pegang kaki dan urut betis. Cuma kadang-kadang yang kelakarnya, bila terkejut tengah tidur, bukan kaki yang diurut sebaliknya kaki kita pula diciumnya. ^_^

5 comments:

  1. 3 org anak akak masa peknen kan dorg mmg akak kerap kejang.sampai time nk meneran kat labour room pun dok kena kejang juga.akak kejang dari zaman sekolah rendah lg.Now turun plak kat along dan yg kecik afif.kerap gak dorg kejang.risau la pulak.takkan tak cukup zat lg.

    ReplyDelete
  2. kekekekkkekeee...dicium yg tak menahan tuh!

    ReplyDelete
  3. betul masa hamil selalu jugak kejang waktu mlm...mmg sy luluskan kaki dan minta husband urutkn

    ReplyDelete
  4. Salam pada semua...
    Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

    Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.

    Harga serendah RM1.00/pcs.

    Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

    Untuk keterangan lanjut lawati blog shop kami:
    http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

    terima kasih admin

    ReplyDelete
  5. Salam,

    saya baru je lepas kene serang dgn cik Cramps binti Kejang. pas OK, terus bangun tido minum susu. Masa preggie yg 1st, salu kene serang. Preggie kali ni, baru ke 2 atau ke 4. Kesnya, saya kehabisan stock ostematrix shaklee. Memang berkesan untuk saya. Padahal, hari-hari saya minum susu.

    Nurul 101

    +++++++++++++++++++++++++++++++++++
    http://seenicecare.blogspot.com
    httt://www.facebook.com/seenicecare
    http://seeniceart.blogspot.com
    httt://www.facebook.com/seeniceart

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...