Monday, October 15, 2012

Khasiat buah delima untuk ibu mengandung

Ketika bersarapan di McD Plaza Mont Kiara pagi tadi, hati saya mula girang apabila di sebalik cermin kaca McD terlihat buah delima yang agak besar dari yang pernah saya jumpa dan kulitnya pun bewarna merah sedang disusun oleh seorang tauke Cina di Flea Market Plaza Mont Kiara. Dalam hati sudah berkira-kira mahu membelinya. 

Saya sangat bersyukur kerana mengandung kali ini memang mudah untuk mendapatkan buah delima. Kalau tak silap ada yang jual 3 biji RM5. Walaupun isinya manis, namun warna pink atau merah pucat, tidak berapa menarik. Kalau boleh nak yang isinya merah menyala.

Selepas habis bersarapan, Mr. papa membawa Zarin melihat ikan di kolam yang berhampiran. Manakala saya pula terus berjalan-jalan di sekitar Flea Market itu. Terpandang sepasang mitten yang comel dijual, namun jantina baby masih belum dapat dipastikan, terpaksa tahan diri dari membelinya. Selepas itu saya terus ke gerai buah yang dimaksudkan. Pelbagai jenis buah ada, tetapi harganya lebih mahal jika dibandingkan di tempat-tempat lain. Saya lantas mencapai sebiji buah delima dan bertanyakan harganya. Menurut tauke tersebut, sebiji RM7. Lantas saya terus membelinya. Serius tak tahan tengok kulitnya yang merah dan besar pulak tu. 


merah menyala you! ) *pic from google

Umum mengetahui bahawa buah delima sangat banyak khasiatnya. Kali ini saya ingin kongsikan khasiat untuk ibu mengandung sahaja.

Kajian di seluruh dunia telah dijalankan ke atas manfaat kesihatan jus delima. Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pramatang. Dengan mengamalkan pengambilan jus buah delima, ini dapat membantu mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah. Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi pembangunan yang sihat bayi. Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat. 
(Sumber internet)



Untuk ibu mengandung dinasihatkan untuk memakan sebiji buah delima seorang diri (maknanya jangan share tau, atau kalau ada isi yang jatuh sila kutip ya) kerana dipercayai dalam banyak-banyak isi (ulas) buah delima tersebut terdapat satu isi (ulas) yang baik untuk otak baby. 

Sesampai di rumah saya terus membelah buah delima tersebut. Alhamdulilah, memang buah delima yang sebeginilah yang saya idamkan. Isinya merah menyala dan rasanya pula manis dan masam. Nyum-nyum! Zarin langsung tak suka buah ni. Dan pesanan untuk Mr. Papa, jangan tersalah makan buah delima mama ya! (^_^). Buah delima ni, memang besar dan tak mungkin habis sekali hadap, mungkin ambil masa 2-3 hari juga. 

Oh ya, ada kawan yang memberitahu saya, nak senang makan buah delima ni, ketuk kulit dia dengan sudu, insyaallah biji (ulas) nya akan gugur sendiri. Tadi saya dah cuba, memang isinya gugur juga. Tapi saya lebih selesa korek satu makan, korek satu makan. hihihihihihihihihi..

Kalau susah nak dapatkan buah delima boleh juga beli jus. Pilihan saya sudah semestinya jus delima keluaran POKKA, (POKKA Promogranate Juice), mudah didapati di cold storage.

7 comments:

  1. Salam. Saya nk tanya sikit. Status Rumah kt Taman Walid Jalan pegawai Leasehold atau Freehold. TQ. Thinking of buying rumah kt situ.

    ReplyDelete
  2. buah delima yg merah menyala ni mmg mahal..dulu saya beli pon RM7 sebiji..delima hutan katanya. banyak khasiat mkn delima ni..saya sekeluarga suka mkn

    ReplyDelete
  3. kadang2 bila ada pasar pagi kat belakang opis rajin gak beli buah delima ni

    ReplyDelete
  4. sesiapa nak try jus delima 100% pure pressed ( bukan pati delima) boleh layari pomegranatedelima@blogspot.com. Product from UK and internationally recognised. Kalau nak minum jus delima, pastikan yang pure, organic, no added sugar, no added water, non genetically modified :)

    ReplyDelete
  5. salam, bole layari blog kami untuk produk timur tengah

    ReplyDelete
  6. salam petang,dya follower sini iyer..
    buah delima je belum merasai nye...iskhh..iskhh

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...