Monday, October 15, 2012

Mainan Boboiboy di Petronas

Siapa suka tengok kartun boboiboy angkat tangan? 

Yaaa, Abang Zarin memang suka sangat dengan kartun boboiboy. Tapi untuk mencari mainan dan barang-barang seperti bekas air, stationary set dan sebagainya agak sukar di temui. Sama ada saya yang tak tahu nak beli kat mana atau memang tak ada jual saya pun tak pasti. 

Baru-baru ini apabila mengambil Zarin di nursery dia mengadu

Zarin : "Mama, kawan-kawan Zarin semua ada mainan boboiboy. Kak Ngah, Kak Chik, Dorwish, Zaim. Zarin je takde. Zarin pun nak. Jomlah beli mama."

Mama : Urmmmm...(malas nak layan sebab memang itulah ayat yang selalu dia guna setiap hari. (Kawan-kawan semua ada, Zarin je takde!)

 Zarin: "Mama janganlah kata urmmmm, cakap macam Zarin ni!" 

 Mama: "Yela, yela. Nanti kita beli. Mama tatau kawan-kawan Zarin tu beli kat mana." 

Zarin: "Kak Chik beli kat rumah dia kedai depan tu, jomlah mama kita g kedai depan". 

Mama: "Rumah Kak Chik bukan dekat rumah Zarin. Nanti kita beli kalau jumpa!" 

 Zarin: "Tak sukalah macam ni!" Sambil peluk tubuh tanda protes. 

Hikhikhikhik...Rutin harian yang dah lali. Iyakan saja apa yang dia cakap. Ikut jangan! Arahan Mr. Papa. Kalau mama sure nak cari dan beli punya. (^_^) 

Semalam semasa papa isi angin di PETRONAS tiba-tiba Zarin ternampak banner pasal mainan boboiboy ni. Apa lagi terus lah nak. Mula-mula tak nak beli, tapi bila mama kerdipkan mata banyak kali sambil wat muka kesian kat Mr. papa terus keluar ayat Mr. papa " Ikutlah".

Kumpulkan semuanya ya. * pic from boboiboy FB

Terus mama bawak Zarin masuk dalam kedai mesra tu. Alhamdulilah, dapatlah Zarin patung boboiboy kuasa angin. Kalau beli barang RM15 ke atas dalam kedai tu, dapatlah harga promosi RM16.90 satu. Tapi kalau nak beli mainan saja RM19.90. Lantas saya beli mainan sajalah. Sebenarnya mainan ini keluar ikut bulan. Untuk bulan Oktober ada Yaya dan boboiboy kuasa angin. November dan Disember ada lagi boboiboy yang lagi dua tu termasuk Ying dan Gopal. Semalam saya cakap kat Zarin kita beli Boboiboy saja tau! 

Tapi dia membalas 

"Kita beli semua la mama, nanti boboiboy takde kawan. Adudu kepala kotak tak best!"

Hikhikhik, lucu pulak dengan ayat dia. Boboiboy tak de kawan. Hohohoho.. Tapi serius saya pun rasa macam nak beli semua. Bolehkan Mr. Papa???? sambil kerdipkan mata dan buat muka kesian. Bukan apa, macam susah je nak dapat mainan tu. 

Pssst: Kawan-kawan, kalau anak-anak sukakan boboiboy bolehlah terjah Petronas ya!

14 comments:

  1. bangga tgk kartun malaysia dah maju...sila lah dtg ke blog sy..http://apa saja.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula, kartun malaysia semakin maju. Ok, terjah!

      Delete
  2. baik..balik ni nak beli boboiboy dan yaya...tk boboiboy dan yaya kat umh tuuu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa, bagus.. mmg ada dua jenis tu semua sgt utk suffiya dan syahmi ;)

      Delete
  3. Kat Petronas ye wak..ahish nk kena p Terjah ni..hihihi..thanks for the info..

    ReplyDelete
  4. wow best ni. anak2 akak pun suka. kena carila kalo camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cari ni kak. biasa susah nak jumpa kartun boboiboy ni

      Delete
  5. Hero-hero melaya kat umah ni pun dok sibuk nak jugak... Kena g kot...

    ReplyDelete
  6. Pinjam ayat Boboiboy jap : 'TERBAIK...' :)

    ReplyDelete
  7. anak saye ade 3... satu rm19.90 ... beli 3 kirele hoho... tu baru satu.. kalau 1 set sorang..hohoho tergolek bapaknye hua hua hua

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...