Thursday, October 4, 2012

Makan Ikan di The Manhattan Fish Market

Entri semalam saya ada cakap teringin nak makan fish n chip kat The Manhattan Fish. Semalam juga Mr. papa bawakan kami ke sana. Balik kerja saya pun mula search restoren yang berdekatan rumah. Search punya search kami setuju untuk makan kat The manhattan Fish di Ikano. Jadi selepas maghrib kami terus ke sana. 

 Bila saya tanya Zarin nak makan apa, dia jawab Zarin nak udang. Ya, udang memang kegemaran Zarin. So oklah, kat situ memang ada seafood.

Grilled Gala Platter. Bapak besar, bapak banyak! Jenuh nak habiskan

Bila sampai inilah yang kami order. Grilled Gala Platter. Dalam tu, ada udang, fries, sayur, nasi, udang, fish fillet, dan juga mussel. Rasanya pun sedap! Pastu nak tambah fish n chip 1. Tapi semalam ada coupon free, hari rabu order makanan dalam kategori favorite, pasta, atau sharing dapat free fish n chip. So oklah, dapat fish n chip free.

Fish n chip free, mama suka!!!!! :)

Makanan free, sedap sokmo! heheheheheheheeheh... yang ini mama kerjakan sorang-sorang memang licin!


Abang yang dah mula tunjuk piil sebenar
 


Dan untuk abang Zarin dah ada udang, jadi air dia minta aiskrim. Saya order ice blended, sweet alabama kot nama dia. Sedap juga. Mr. Papa air cala-cala dan saya pula mineral water.


"Mama, masak kat rumah eh?"

Mula-mula suapkan udang pada Zarin dia cakap

 "Sedaplah mama, Abang suka!"

Masuk udang ke empat dia dah mula geleng kepala dan mula cakap ada kulitlah, pedaslah, rasa tak sedaplah. Urmmmmmm.... 

 Paling tak tahan tiba-tiba dia cakap 

 "Mama, kita makan kat rumahlah. Mama masak lagi sedap. Ada nasi, kicap. Mama goreng fries, Zarin lapaq!" 

 Memang dah tahu sangat piil Zarin ni! Makanlah kat manapun, sampai rumah nanti minta nasi jugak. Lantas saya membalas. 

 "Malam ni mama taknak masak dah. Ni ada nasi ni, sedap! Cuba rasa. Kat rumah mama tak masak lagi tau! Balik rumah kita tengok TV, lepas tu kita sleep. baby penat, baby nak sleep."

 "Mama masak lagi sedap!"  sambil sebek

Haaaaaa... sudah! Dia mula dah. Saya pun biarkan saja dia main-main atas sofa tu, kejap baring, kejap bangun, kejap lompat. Suka hatilah, yang penting mama nak makan fish n chip ni sampai habis! hihihihhihihihi


   


Sebelum balik, sempat lagi singgah beli durian pancake kegemaran Zarin. 6 ketul RM10. 5 ketul dia sorang!

Lepas ni insyallah kami akan datang lagi makan di sini. Saya suka sangat fish n chipnya. Nyum-nyum.. Mr. papa kata

 "Mama yang pregnant, papa yang makan banyak! Ni badan dah membesar sama macam mama dah! Setiap kali mama pregnant setiap kali tulah saya pun membesar jugak!"

Heheheheeheheheh...Okla tu Mr. papa kan? kata "sehati sejiwa". Jomlah kita tembun sama-sama. kehkehkeh.. lepas bersalin nanti kita slim sama-sama jugak ^_^

Pesanan tuan rumah: Hari ni taknak search makanan yang sedap-sedap. Tapi tadi Mr. papa baru emel yang dia beli voucher kat Groupon dan suruh print. Makan-makan di Urbano e Fresco. haaaa, camne tu?

 hemooooo...hemooo..hemoooo (seperti kata Abang Zarin)

16 comments:

  1. lama tak jejak sini..walaupun ekat je kat sogo tapi tak pernah tertarik kami ke situ..jadi nyer haruslah dicuba niiii :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus bg penggemar sea food. Tapi spagethi pun ada :)

      Delete
    2. ehehehehehehe, terguna emel sapa pun x sure kat laptop ni...komen2 terus keluar yang ni...kin cik abe akulah kot ni... Sedap tau babe. harus cuba..sesuai utk org diet! kehkehkeh

      Delete
  2. Salam Ida...

    Wahhh...sedapnya, terliur pulak nengok Grilled Gala Platter. Brape ye harga set tu? hehehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diari Liza. tq singgah sini. Kalau tak silap RM52.90.

      Delete
  3. Replies
    1. yup wina, membooooonnncittt perut nak habiskan ni! lps mkn terbongkang kat sofa! hahahaha

      Delete
  4. adoii sedapnyaa tgk menu tu terus lapar.. heh :)

    ReplyDelete
  5. teringin nak rasa durian pancake tu, mesti sedapkan
    anyaway akak tak preggy pun tapi teringin sgt nak mkn fish & chips

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap mamasyaza. Tapi sikit dan kecik. Tak puas makan... Dulu saya rajin masak sndiri fish n chip.. beli yg frozen dlm kotak color biru putih. lupa dah brand apa. sedap!

      Delete
  6. air tangan mama jugak menjadi pujaan hati kan....pasrah la mama nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula suria amanda. kadang2 rasa lega sebab mkn luar, bleh rileks sikit. Tapi dah mkn luar sampai rumah mintak nasi sambil wat aksi, lapaq gosok perut! tu belum lg kes mintak nasi 2-3 pagi.. anak-anak!

      Delete
  7. lamer x jejak... mcm tringijn la plk :)

    ReplyDelete
  8. abis mkn menu pertama tu? hohooho! ;-))

    ReplyDelete
  9. Salam pada semua...
    Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

    Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.

    Harga serendah RM1.00/pcs.

    Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

    Untuk keterangan lanjut lawati blog shop kami:
    http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

    terima kasih admin

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...