Friday, October 12, 2012

Menu kasih sayang

Sudah agak lama rasanya tidak memasak untuk dua hero kesayanganku. Kalau dulu boleh dikatakan setiap hari memasak. Sekarang cepat benar rasa letihnya. Balik rumah terus melepek. Jadi waktu malamnya kami akan keluar untuk makan. kadang-kadang ikut selera mama, kadang-kadang selera Mr. Papa dan kadang-kadang selera Abang Zarin. Kalau selera Abang Zarin memang agak besarla jugak kosnya. Kalau hari-hari ikut selera dia rambut yang lebat pun boleh botak! Phewwwwww... 

Jadi baru-baru ini rajinkan diri untuk memasak kerana mr. papa masih belum makan nasi waktu siangnya. Masak lauk yang simple-simple saja iaitu ikan kerisi goreng, udang kunyit kacang panjang dan juga sambal sotong. Zarin hantu udang, jadi bila saya campurkan dalam sayur tak perlulah saya memasak sayur yang lain.

ada kuah, ada sayur dan sejenis lauk bergoreng, oklah tu :)

Sebenarnya, walaupun hanya memasak menu yang simple, tetapi bila dilakukan dengan penuh kasih sayang hasil masakan itu tersangatlah menakjubkan. Kalau Abang Zarin, nasi, kicap dan telur mata pun dah makan bertambah. Asalkan mama yang masak dan mama yang suap! Ya, Abang Zarin masih lagi makan bersuap. Bukan tak reti makan sendiri, tapi kalau mama yang suap dia akan makan dua kali ganda.

Pasta creamy yang ohsem. kalau tabur chili flakes lagi super duper yummy!

Dan ini pula pasta creamy, resepi main campak-campak dan ikut bahan yang ada. Hanya akan saya masak jika Abang Zarin sahaja yang nak makan. Oleh sebab itu spagheti dan fresh milk memang sentiasa ada stok di rumah. 

Oh ya, baru-baru ini orang yang terdekat dengan saya berkata kepada saya

 "Nanti nak kahwin nak cari wife yang pandai masak macam kak ida la" 

Lantas saya menjawab.

"Eh kak ida tak pandai masak pun dulu. Baru-baru kahwin masak nasi goreng pun boleh hangit. Masak nasi boleh jadi bubur. Tapi bila kita rajin belajar insyaallah akan pandai. Yang penting minat dan nak belajar. Lagi-lagi bila kita dah jadi isteri dan ibu, rasa tanggungjawab tu muncul sendiri" 

Betul tak? Air tangan ibu yang akan kita ingat sampai bila-bila.Begitu juga air tangan isteri, dapat mengikat kasih sayang you! Dah la sedap, berkhasiat, kebersihan pun terjamin. (^_^)

4 comments:

  1. terbalik dengan Kira..Kira kalau suap sendiri memang bertambah :-)

    betul ida..wina pun x pandai masak dulu..sambal pun tak reti tumis tau! tapi slow² dengan tunjuk ajar suami & banyakkan belajar, insyallah hari nie bolehlah jugak masak untuk mengenyangkan perut suami & anak² hehehee

    ReplyDelete
  2. Betul..betul..betul...masak telur dgn kicap pun kalo disuap dgn tgn mmg menambah la dioarg niii...

    ReplyDelete
  3. rajin ida ni, bagus... dapur saya berasap hujung mggu, ari sekolah masak kdg2 je... aritu buat pavlova x jd la ida sob sob :( kne try lagi n lagi

    ReplyDelete
  4. Pasta creamy tu buat pagi sabtu ni lapar yg teruk.... :) Yg jadi pekat mcm tu knp ye?

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...