Thursday, October 11, 2012

Obimin dan Caltrate 600D

Pengambilan vitamin sangat penting sepanjang tempoh kehamilan. Semasa di awal kehamilan, saya hanya makan asid folic. Seiring dengan perkembangan usia kandungan, doktor pun bekalkan vitamin lain iaitu obimin dan caltrate 600D. 

Khasiat Obimin sebagai sumber vitamin lengkap untuk tumbesaran baby. Dalam obimin terkandung semua vitamin yang diperlukan ibu mengandung dan ibu yang sedang menyusukan anak. Maknanya selepas bersalin pun masih boleh makan obimin ni.

Peneman setia, sentiasa ada dalam handbag
   
Manakala Caltrate 600D ialah pil yang membekalkan sumber calcium. Pil ini juga mengandungi vitamin D sebab calcium akan senang diabsorp oleh badan, dengan kehadiran vitamin D. 

Mengandung kali ini tekak saya tersangatlah tak boleh menerima susu tepung. Masih try and error susu tepung yang boleh di terima tekak. Huhuhuhuhu. Jadi dengan pengambilan Caltrate 600 D ini dapatlah memberikan kalsium kepada saya dan bayi. Tak adalah kalau gosok gigi gusi berdarah macam zombie. Muehehehehehehe

Semuanya besar-besar dan gemuk-gemuk belaka
Untuk Obimin, hanya perlu diambil sekali sehari, saya hanya makan di waktu pagi. Manakala Caltrate 600D pula 2 kali sehari iaitu sebiji diwaktu pagi, makan bersama-sama obimin dan sebiji lagi di waktu malam, sebelum tidur.

Selepas ini insyaallah saya akan ambil neurogain seperti mengandungkan zarin dahulu. Akan diceritakan dilain masa :)

 Kawan-kawan yang seangkatan saya, vitamin apa lagi yang kalian makan? bolehlah share ya ;)

9 comments:

  1. masa saya preggie dulu pun saya amek sume ni..tekak takleh terima susu tepung..sampai dah tak pregnant pun tetap tekak takleh terima juga..hehehe...salam perkenalan:)

    ReplyDelete
  2. Salam kenal..Saya selalu miss mkn Obimin ni...aishh..tak bleh jadi kan..nanti semua zat,baby tak dapat...Alhamdulillah,kali ni bleh minum susu Anmum Materna so mmg tak amik pil kalsium yang lain...

    Luv,

    MommyAqil

    ReplyDelete
  3. hai kak ida, nak g tau vill tak mkn vitamin ape2 pun..hiik..hik.. sebab blum preggy..
    smga kak ida dipermudahkan semuanya..:)

    ReplyDelete
  4. hi u

    dulu masa mengandung saya pon tak boleh langsung minum susu tepung...selalu ambil HL jek...tu jek yg lepas ehehe
    salam kenal ;)

    ReplyDelete
  5. k.ida dah bape bulan ya?nani baru 2 bulan now nani mkn asid folic,obical,neurogain & pharmaton matruelle..

    ReplyDelete
  6. dulu kami ambil asid folic juge n b complexs n iron yg klinik kerajaan bekalkan tuh plus minyak ikan, kat botol ade gambar perempuan hamil, kat watson pun de jual,rege lbh kurang 63++ khas utk brain development, lame2 ble da 7 bln mls dah ambik iron n b complexs tu ;p

    ReplyDelete
  7. Salam..sy dpt 4 jns vitamin..tp semua tak dtrima tekak.. Dh cuba plbgai cra... Smpai skrg dh msuk 3 bln msh sma..

    ReplyDelete
  8. harini br terasa hati nk mkn vitamin ni tp takut2...seb bek ada blog ni. hihi...tenkiu.

    ReplyDelete
  9. harini br terasa hati nk mkn vitamin ni tp takut2...seb bek ada blog ni. hihi...tenkiu.

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...